Utusan Borneo (Sabah)

Christophe­r juara BGR

Kejuaraan ketiga diraihnya tahun ini

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain remaja sensasi Christophe­r James terus mempersemb­ahkan permainan cemerlang dengan merangkul gelaran juara Kejohanan Golf Amatur Terbuka Borneo Golf Resort (BGR) Ke-11, 2017 yang berakhir Ahad.

Kejuaraan itu merupakan kejuaraan ketiga yang diraih pemain berusia 16 tahun itu selepas menjuarai Kejohanan Golf Amatur Terbuka SGCC Ke-29, 2017 pada hujung Mac, diikuti Kejohanan Golf Tertutup KGC Ke4, 2017 pada pertengaha­n September.

Pelajar SM All Saints itu juga meraih naib johan Kejohanan Amatur Terbuka Johor selepas tewas dalam perlawanan `play-off’, menduduki tempat ketiga di Terbuka Sandakan dan menduduki tempat keempat di Terbuka Labuan.

DiBorneoGo­lfandCount­ry Club (BGCC), Bongawan, Christophe­r yang mewakili Persatuan Golf Sabah (SGA) bermula kurang mantap mencatat enam atas par 78 pukulan untuk berkongsi kedudukan kelima bersama Khalid Jikal dari Kelab Golf Kudat (KGK).

Mohd Firdaus @Diddy yang mewakili Sabah Golf and Country Club (SGCC) mengepalai persaingan hari pertama pada Jumaat dengan aksi dua atas par 74 pukulan untuk selesa dua pukulan mengatasi dua pencabar terdekat Brandon Lai mewakili Shan Shui Golf and Country Club (SSGCC) dan Safarudin Abidin yang mewakili Sandakan Golf and Country Club (SnGCC).

Pemenang pingat emas Sukan Malaysia (SUKMA) 2012, Leduin Jordan Mobijohn yang mewakili KGK berada pada kedudukan keempat dengan catatan lima atas par 77 pukulan.

Di hari kedua, Christophe­r merapatkan jurang dengan memperbaik­i permainan mencatat dua atas par 74 pukulan untuk mengumpul keseluruha­n 152 pukulan, satu pukulan dibelakang tiga pendahulu untuk berada pada kedudukan keempat.

Jordan, Brandon dan Mohd Firdaus masingmasi­ng dengan aksi 74, 75 dan 77 pukulan berkongsi kedudukan teratas selepas masing-masing mengumpul tujuh atas par 151 pukulan.

Safarudin berada pada kedudukan kelima dengan catatan 82 pukulan untuk 158 pukulan, enam pukulan dibelakang Christophe­r, diikuti Fazley Chua (KGK) dengan aksi 83-76 mengumpul 159 pukulan pada kedudukan enam dan Khalid dengan aksi 82 pukulan mengumpul 160 pukulan pada kedudukan ketujuh.

Memasuki pusingan akhir, Christophe­r mengekalka­n rentak mencatat tiga atas par 75 pukulan untuk keseluruha­n 11 atas par 227 pukulan mengatasi pencabar terdekat Jordan.

Jordan yang mengulangi prestasi hari pertama dengan 77 pukulan mengumpul keseluruha­n 228 pukulan untuk sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan, satu pukulan di belakang juara.

Brandon muncul selaku pemenang tempat ketiga selepas menutup tirai aksi dengan 79 pukulan untuk keseluruha­n 230 pukulan diikuti Mohd Firdaus dengan aksi 81 pukulan mengumpul 232 pukulan menduduki tempat keempat.

Kedudukan kelima disandang oleh Fazley Chua selepas mencatat 75 pukulan untuk keseluruha­n 234 pukulan, sementara Safarudin yang mencatat 82 pukulan mengumpul 240 pukulan menduduki tempat keenam.

Tempat ketujuh disandang bersama oleh Alexander Lau (SGCC) yang mencatat 7984-80 dan Anthony Binigay (KGK) yang mencatat 8280-81 untuk keseluruha­n 243 pukulan.

Seorang lagi pemain muda berbakat Neil Bainon yang mewakili SGA, mencatat 8280-83 untuk menempatka­n

James (tiga kiri) bersama Joseph (dari kiri), Kamarlin, Mohd Kulat, Tan dan Valerian selepas menjuarai Kejohanan Golf Amatur Terbuka Borneo Golf Resort (BGR) Ke-11, 2017 di Bongawan pada Ahad.

diri dalam kelompok 10 pemain terbaik berkongsi kedudukan kesembilan bersama Khalid Jikal yang menutup tirai aksi dengan 85 pukulan untuk keseluruha­n 245.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah; Datuk Kamarlin Ombi dengan disaksikan oleh Timbalan Presiden SGA; Valerian Hansen Petrus, Presiden BGR; Datuk C.K. Tan, Presiden KGK Mohammad Kulat dan pengadil pertanding­an Joseph Liew.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R
CHRISTOPHE­R
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia