Utusan Borneo (Sabah)

Larian The Borneo Post dan Yeo’s 2017 pada 3 Disember

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Larian 10 kilometer (km) The Borneo Post dan Yeo’s 2017 akan diadakan pada 3 Disember depan.

Pengurus Program Larian The Borneo Post dan Yeo’s June Gerald berkata, larian yang diadakan pada Ahad akan bermula seawal jam 6 pagi.

“Larian kali ini akan menggunaka­n tema ‘Pirate of Borneo Fun Run’ yang mana para peserta boleh memakai kostum berdasarka­n tema itu untuk berlari.

“Acara ini bermula di pusat beli-belah Oceanus. Para peserta dikehendak­i berlari sehingga ke Tanjung Aru dan kembali ke pusat belibelah itu untuk menamatkan larian,” katanya.

Beliau berkata, larian berkenaan terdiri daripada kategori lelaki dan wanita terbuka, veteran dan pelajar.

“Untuk penyertaan kategori veteran, mereka haruslah berumur 45 tahun dan ke atas.

“Yuran penyertaan bagi kategori terbuka serta veteran adalah RM55 dan akan meningkat kepada RM70 selepas 500 penyertaan terawal.

“Manakala yuran penyertaan kategori pelajar sekolah adalah RM50 tanpa had penyertaan,” katanya.

Katanya, penyertaan berkumpula­n juga dibuka yang mana yuran adalah sebanyak RM50 seorang.

Menurutnya, penyertaan berkumpula­n itu haruslah lebih daripada 10 orang sekumpulan dan setiap penyertaan juga akan diberikan satu pingat dan baju-T.

Borang penyertaan boleh diperoleh di pejabat Wild Borneo Likas Driving Range atau menghubung di talian 088-204130/019-9066505 dan melalui akaun Facebook ‘Heal The World Run Series’.

Dalam acara itu, Yeo’s turut memberikan minuman mereka yang menjadi pilihan masyarakat Malaysia Timur iaitu Yeo’s Jasmine Green Tea kepada semua peserta larian.

Yeo’s juga menawarkan harga istimewa kepada peserta yang menyertai larian berkenaan apabila mereka membuat pembelian di gerai jualan Yeo’s yang disediakan sepanjang acara itu berlangsun­g.

Bersama-samadengan­Yeo’s dalam menjayakan larian berkenaan adalah Wanfa, Mee Daddy dan Wild Borneo sebagai pengurus program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia