Utusan Borneo (Sabah)

Klopp anggap bola sepak tidak adil selepas seri di Newscastle

-

NEWCASTLE, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, menganggap kegagalan terbaharu Liverpool untuk memenangi satu perlawanan Liga Perdana Inggeris selepas diikat 1-1 di Newcastle United dengan berkata: “Bola sepak tidak adil.”

Klopp mendapati ia sukar untuk menerima hakikat di mana pasukannya hanya pulang dengan satu mata selepas satu gol cantik Philippe Coutinho selepas pasukannya menguasai permainan di St James’ Park Ahad lepas.

“Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang dan saya yakin kami seharusnya menang,” kata Klopp selepas keputusan seri menyebabka­n Liverpool kini ketinggala­n tujuh mata di belakang dua pendahulu liga, Manchester City dan Manchester United.

Kemenangan akan membolehka­n mereka melonjak ke empat tangga teratas dan harapan mereka kelihatan cerah apabila Coutinho membuka jaringan pada minit ke-29.

Kegagalan menyempurn­akan beberapa peluang membawa padah buat Liverpool dengan Newcastle mengikat kedudukan beberapa minit selepas itu.

Klopp bagaimanap­un tetap yakin di mana Liverpool, yang masih belum memenangi kejuaraan liga dalam format Liga Perdana, mempunyai kemampuan untuk mencabar kejuaraan liga.

“Saya tidak dapat bercakap tentang bola sepak kami dan jurang di antara kami dengan pasukan lain. Kami mengharung­i masa yang sukar ketika ini dan pasukan lain juga mempunyai masa sukar mereka,” kata beliau.

“Saya fikir ia kelihatan seperti kami tidak jauh dari cabaran sebenar,” tambah beliau dengan kejuaraan liga terakhir Liverpool ialah pada 1990.

Klopp menegaskan: “Jika kami melakukan apa yang kami boleh lakukan, sudah tentu kami menjaringk­an lebih banyak gol dan memenangi lebih banyak perlawanan.

“Kami tidak perlu memikirkan tentang pasukan lain dan akan merapatkan jurang. Semuanya tentang situasi kami, kami tidak memikirkan tentang pasukan lain.”

Kualiti di jentera serangan bagaimanap­un tidak sentiasa mencukupi kerana kealpaan benteng pertahanan menyaksika­n Joselu mengikat kedudukan buat Newcastle pada minit ke-36 selepas menerima umpanan cantik dari Jonjo Shelvey. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia