Utusan Borneo (Sabah)

Limus mengakrabi akar-umbi

Menyelami denyutan nadi rakyat menerusi Ziarah Kasih sempena Program Setia Budi Semarak Kasih Upko Beaufort

- Oleh LICHONG ANGKUI seorang warga emas yang dikunjungi Limus dan rombongan.

PENGHUNI rumah kedengaran bertangisa­n. Wanita yang menyalami saya juga bertitisan air mata. Saya hairan dan keliru. Hati menjadi sayu menahan rasa pilu. Di luar rumah sepi seketika. Masingmasi­ng melayan perasaan. Timbul tanda tanya kenapa kami disambut dengan air mata, sedang lima rumah yang kami singgahi sebelum itu menyambut kami dengan senyuman dan wajah-wajah ceria.

“Dia baru saja pergi 20 minit yang lalu,” seorang wanita memberitah­u Limus Jury dalam nada suara hampir tidak kedengaran kerana menahan sebak, sebaik kami tiba di rumah itu di Kampung Tagilung, Kuala Penyu.

Rupanya warga emas yang hendak dikunjungi Limus pagi itu menerusi program Ziarah Kasih baru saja berpulang kepada sang Pencipta. Terjawab soalan yang membungkam tadi. Suasana sedih menyelubun­gi rumah itu.

Limus terus melangkah masuk ke ruang tamu, dan kemudian ke bilik kecil tempat seorang warga emas terbaring kaku. Tangisan semakin kuat, memenuhi ruang kamar kecil itu.

Saya melihat Limus mengesat air mata berulang kali. Kedengaran dia mententera­mkan ahli keluarga. Dia memberikan kata-kata semangat kepada ahli keluarga yang dalam kesedihan, berpesan kepada mereka untuk bertabah hati.

Itulah antara kisah benar berlaku ketika Limus, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, mengadakan Ziarah Kasih sempena Program Setia Budi Semarak Kasih Upko Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bundu, Kuala Penyu, Sabtu lepas.

SALAH

“Sesuatu yang menarik dalam setiap persinggah­an itu, Limus mengakrabi warga akar-umbi dengan melayani mereka setulus budi. Dia bersalaman, duduk dan bercerita, sambil bertanya khabar dan memperkena­lkan anggota rombongan.

Sebanyak 10 rumah dikenal pasti untuk dikunjungi membabitka­n tiga Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) iaitu Kebatung, Janang, Bundu, Tagilung dan Batu Empat.

Konvoi tujuh pacuan empat roda itu bergerak dari Balai Raya Bundu Tarah kira-kira jam 9.50 pagi, menuju ke rumahrumah dikenal pasti, sambil membawa sumbangan berbentuk keperluan makanan selain wang tunai. Mereka yang dikunjungi terdiri warga emas, orang sakit dan kelainan upaya (OKU).

Di setiap rumah yang disinggahi, rombongan Limus menghabisk­an masa antara 20-30 minit. Kami bergerak melalui jalan bertar, berbatu kerikil dan sedikit berbukit, untuk sampai ke setiap rumah yang letaknya berjauhan antara satu sama lain.

Sesuatu yang menarik dalam setiap persinggah­an itu, Limus mengakrabi warga akar-umbi dengan melayani mereka setulus budi. Dia bersalaman, duduk dan bercerita, sambil bertanya khabar dan memperkena­lkan anggota rombongan.

Di sebuah rumah, ketika hendak memohon untuk berangkat pulang, warga emas menarik tangannya, sambil berbisik “Ada bah lagi saya mahu cerita...”.

Limus yang tadinya sudah berdiri untuk berangkat, duduk semula mendengar ceritanya. Dia sekadar meminta pertolonga­n untuk membaiki rumahnya.

Serentak itu, Limus meminta pegawainya dari Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) yang turut serta mengambil maklumat,

kepada warga emas sempena kunjungan itu.

sambil berjanji untuk memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

Wajah warga emas itu kelihatan bersinar dan apabila Limus mengajakny­a bergambar, dia segera berjalan beriringan menuju ke halaman.

Rata-rata rumah yang dikunjungi di kawasan PDM Bundu adalah masyarakat Kadazandus­un (KDM) etnik Tatana. Sebagai anak jati Kuala Penyu berasal dari Kg Melampai, Limus mengenali kesemua warga yang dilawati itu. Keakraban jelas terpancar apabila Limus berbahasa Tatana dengan mereka, menghormat­i orang lebih dewasa dengan panggilan `Inai’ dan `Amai’ yang bermaksud makcik dan pakcik.

Kawasan DUN Kuala Penyu keseluruha­nnya mempunyai 12 PDM dan empat daripadany­a PDM bagi KDM, iaitu Bundu, Sitompok, Tempurung dan Melampai. Selebihnya lapan PDM lagi dikuasai Umno bagi kategori Bumiputera Islam.

PDM Bundu mempunyai 1,508 pengundi berdaftar dan dikatakan sebagai kawasan mempunyai kisah dan cabaran tersendiri sebelum ini. Namun, Limus optimis ia semakin cerah dan terang lantaran gerak kerja yang tidak mengenal sempadan dan tidak membezakan tempat.

Keyakinan itu bersandark­an hakikat bahawa idelogi manusia sentiasa berubah ke arah kebaikan dan memandang masa depan dengan penuh keyakinan, seperti air di laut yang ada pasang surutnya.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Limus menyatakan kesiapsiag­aan Upko Beaufort (yang merangkumi kawasan DUN Kuala Penyu) untuk menghadapi PRU-14 kerana persiapan jentera sudah dibuat awal, hanya menunggu wisel ditiup.

 ??  ?? LIMUS bersama rombongan bergambar di sebuah rumah yang dikunjungi. Pemilik rumah ini memohon untuk pembaikan rumahnya. Turut kelihatan penulis (kanan sekali).
LIMUS bersama rombongan bergambar di sebuah rumah yang dikunjungi. Pemilik rumah ini memohon untuk pembaikan rumahnya. Turut kelihatan penulis (kanan sekali).
 ??  ?? LIMUS mengakrabi warga emas menerusi Ziarah Kasih.
LIMUS mengakrabi warga emas menerusi Ziarah Kasih.
 ??  ?? BANTUANkep­erluandihu­lurkan
BANTUANkep­erluandihu­lurkan
 ??  ??
 ??  ?? LIMUS dan rombongan bertanya khabar kepada seorang remaja perempuan yang dikunjungi sempena program itu.
LIMUS dan rombongan bertanya khabar kepada seorang remaja perempuan yang dikunjungi sempena program itu.
 ??  ?? SUASANAsed­ih menyelubun­gi rumah ini ketika rombongan Ziarah Kasih diketuai Limus (depan) berkunjung.
SUASANAsed­ih menyelubun­gi rumah ini ketika rombongan Ziarah Kasih diketuai Limus (depan) berkunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia