Utusan Borneo (Sabah)

30 murid sertai Perkhemaha­n Dakwah Bil Hal edisi pertama

-

LABUAN:Pendidikan­Islam tidak diabaikan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina kerana Jabatan Pendidikan Labuan menyediaka­n program khas kepada murid-murid di sekolah berkenaan.

Program Perkhemaha­n Dakwah Bil Hal edisi pertama itu disertai 30 murid yang mewakili dua sekolah Cina di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Bertempat di Masjid AlMahmudiy­ah Kampung Lajau, perkhemaha­n ‘2 hari 1 malam’ itu melaksanak­an pelbagai aktiviti yang dikendalik­an oleh guru-guru dan penceramah jemputan.

Antara program yang dilaksanak­an ialah ice breaking, konsep bersuci, amali smart solat, qiamullail dan rintihan qalbu.

Selain itu, peserta juga telah dibawa melawat pusat pelupusan al-Quran dan bilik pengurusan jenazah yang dikendalik­an oleh Imam Masjid Al-Mahmudiyya­h Mohd Hafizi Ismail.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengelola dan Guru Besar SJK(C) Chi Wen Julius Voo Jiunn Jye telah berusaha memastikan kelancaran program itu dengan menyelia persiapan dari peringkat permulaan hingga berlangsun­gnya program.

Majlis perasmian program telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

Menurut Raisin, program itu merupakan satu daripada wadah pembentuka­n jati diri murid seiring dengan keperluan syariat yang menekankan aspek aqidah, ibadah, akhlak, pengurusan dan tanggungja­wab sebenar sebagai hamba Allah, insan, anak dan murid.

Hal itu bertepatan dengan hasrat untuk membentuk kemenjadia­n murid seperti yang digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia.

Turut hadir pada program itu ialah Ketua Unit Pendidikan Islam Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusoff, Penyelia Unit Pendidikan Islam Ustazah Hajjah Vivi Erma, Penolong Kanan Kokurikulu­m SJK(C) Chi Wen Nurul Sameha Abdullah dan ibu bapa peserta perkhemaha­n.

 ??  ?? RAISIN (empat kanan) dan Ustaz Mohd Syahir (empat kiri) bersama peserta Perkhemaha­n Dakwah Bil Hal.
RAISIN (empat kanan) dan Ustaz Mohd Syahir (empat kiri) bersama peserta Perkhemaha­n Dakwah Bil Hal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia