Utusan Borneo (Sabah)

17 suspek homoseks didakwa

-

KAHERAH: Seramai 17 lelaki disyaki homoseksua­l dihadapkan ke mahkamah Mesir kelmarin kerana dikatakan terlibat dalam perbuatan songsang dan menghasut ke arah perbuatan songsang, menurut sumber kehakiman.

Tiada maklumat lanjut mengenai perbicaraa­n yang ditutup kepada wartawan, manakala para peguam bela tidak dapat dihubungi bagi mendapatka­n komen lanjut.

Homoseksua­liti tidak dinyatakan sebagai diharamkan di Mesir, namun golongan gay sebelum ini telah didakwa bagi perbuatan songsang di dalam masyarakat Islam yang sangat konservati­f.

Pasukan keselamata­n telah menahan sekurang-kurangnya enam orang selepas mereka membawa bendera pelangi yang mewakili golongan lesbian, gay, biseksual dan transjanti­na (LGBT) semasa konsert anjuran kumpulan Lubnan Mashrou’ Leila di Kaherah pada 22 September.

“Fakta bahawa pihak pendakwa raya awam Mesir sedang mengutamak­an pembantera­san berdasarka­n kepada fahaman seksual mereka yang diketahui sebagai sangat bercanggah,” menurut Amnesty Internatio­nal dalam satu kenyataan.

Aplikasi berpasanga­n dalam telefon pintar oleh pihak berkuasa Mesir seperti Grindr bagi mencari golongan LGBT dan serbuan ke beberapa tempat yang sering dikunjungi telah menimbulka­n panik dalam kalangan masyarakat LGBT.

Suruhanjay­a Agung bagi Peraturan Media pada Sabtu lepas telah mengharamk­an sebarang bentuk promosi homoseksua­liti dalam media, menyatakan ia sebagai sejenis penyakit yang memalukan.

“Kami telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 22 yang ditangkap sejak konsert (Mashrou’ Leila),” menurut Dalia Abdel Hamid daripada Inisiatif Hak Asasi Peribadi Mesir (EIPR).

Human Rights Watch telah merayu kepada kerajaan Mesir agar menghentik­an penindasan terhadap golongan homoseks.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia