Utusan Borneo (Sabah)

Dua kanak-kanak maut di Kashmir

-

SRINAGAR: Dua kanakkanak maut semalam ketika tentera India dan Pakistani berbalas tembakan di wilayah rebutan Kashmir, menurut pihak berkuasa India.

Sejumlah 12 lagi orang awam termasuk dua wanita dan dua gadis remaja cedera di bahagian India Line of Control (LoC) yang dikawal ketat tentera yang memisahkan wilayah bergolak Himalaya itu.

Menurut polis, tembakan dari bahagian Pakistan telah menyebabka­n seorang budak lelaki berusia 10 tahun dan seorang gadis berusia 15 tahun maut.

Jurucakap tentera India Kolonel N. N. Joshi berkata, anggotanya membalas tembakan senjata api kecil dan automatik serta mortar yang dilakukan tanpa provokasi dan secara sembaranga­n dari bahagian Pakistan di sektor selatan LoC Poonch.

Kashmir terpisah antara India dan Pakistan sejak berakhirny­a penjajahan British pada 1947, di mana kedua-duanya mahukan wilayah tersebut sepenuhnya.

Kedua-dua jiran bersenjata nuklear itu kerap berbalas tembakan mortar merentasi sempadan di sebalik pemeteraia­n perjanjian gencatan senjata pada 2003.

Pakistan berkata pada hujung minggu lalu bahawa dua orang awam maut terkena tembakan dari seberang LoC.

Bulan lepas ia mendakwa seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut terkena tembakan dari bahagian India.

New Delhi menuduh Pakistan sengaja memulakan pertempura­n rentas sempadan untuk membantu pemberonta­k anti-India menyeberan­g masuk ke dalam kawasan Kashmir India untuk melancarka­n serangan ke atas pasukan tenteranya.

Islamabad menafikan tuduhan itu dan menegaskan ia hanya menyediaka­n sokongan diplomatik kepada perjuangan rakyat Kashmir untuk wilayah pentadbira­n sendiri. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia