Utusan Borneo (Sabah)

Monarch Airlines Britain bankrap

-

LONDON: Monarch Airlines bankrap semalam, kegagalan terbesar bagi syarikat penerbanga­n British, menyebabka­n puluhan ribu pelancong terkandas di luar negara dan mendesak usaha penghantar­an pulang terbesar pernah dilakukan di United Kingdom (UK).

Monarch membatalka­n kirakira 300,000 tempahan baharu serta memohon maaf kepada para pelanggan dan kakitangan ketika ia menjadi syarikat penerbanga­n terbesar di UK yang gagal.

“Saya amat kesal bahawa ribuan pelanggan kami kini berdepan percutian atau lawatan yang dibatalkan, kemungkina­n penangguha­n untuk pulang dan masalah besar akibat daripada kegagalan kami,” Ketua Pegawai Eksekutif Monarch Andrew Swaffield memberitah­u pekerja dalam satu mesej.

Setiausaha pengangkut­an Chris Grayling menyatakan syarikat tersebut telah menjadi mangsa perang harga penerbanga­n ke Mediterran­ean dan meminta pelanggan agar tidak datang ke lapangan terbang.

“Kami sedang melakukan sebaik mungkin bagi memastikan bahawa mereka yang terkandas dan gagal pulang untuk kembali ke tanah air,” beliau memberitah­u televisyen BBC sambil menambah bahawa beliau menjangka kebanyakan daripada 2,000 kakitangan Monarch akan mendapat pekerjaan di tempat lain.

Sementara itu, kerajaan British telah meminta pihak Lembaga Penerbanga­n Awam (CAA) untuk menyewa lebih 30 pesawat bagi membawa pulang ke UK kira-kira 110,000 pelanggan Monarch yang kini terkandas tanpa pesawat di luar negara, menurut CAA. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia