Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki Somalia mengganas di Kanada

Serangan di Edmonton menyaksika­n pegawai polis antara lima cedera

-

MONTREAL: Polis Kanada menahan seorang lelaki Somalia awal kelmarin yang disyaki menikam seorang pegawai dan sengaja merempuh pejalan kaki semasa trak sewanya yang dipandu laju dikejar polis, sekali gus mencederak­an empat mangsa dalam kejadian yang dikecam Perdana Menteri Justin Trudeau sebagai serangan teroris.

Keganasan bermula malam Sabtu di luar sebuah stadium bola sepak di bandar barat Edmonton dan tamat beberapa jam kemudian apabila trak sewa suspek terbalik ketika dikejar polis.

Media tempatan menamakan penyerang Abdulahi Hasan Sharif, 30, ketika pihak berkuasa mengesahka­n suspek adalah warga Somalia yang telah memohon suaka dan dikenali perkhidmat­an keselamata­n susulan satu aduan pada 2015.

“Tiada bukti mencukupi untuk mengenakan dakwaan terorisme.

“Suspek justeru dianggap tidak mengancam Kanada,” menurut Marlin Degrand daripada pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) pada sidang akhbar.

Penemuan bendera Islamic State (IS) dalam salah satu kenderaan yang digunakan dalam serangan itu telah mendorong polis untuk menyiasat insiden tersebut sebagai jenayah terorisme.

Trudeau menggesa semua rakyat untuk berhati-hati.

“Saya amat bimbang dan berang dengan tragedi ini.

“Tatkala siasatan diteruskan, laporan awal menaytakan ini adalah satu lagi contoh kebencian yang harus kita berwaspada terhadapny­a,” tegas beliau.

Sekitar jam 8.15 malam Sabtu, seorang lelaki yang memandu laju sebuah Chevy Malibu putih merempuh sekatan polis di luar Stadium Komanwel Edmonton di mana satu perlawanan Liga Bola Sepak Kanada sedang berlangsun­g.

Kereta itu melanggar seorang pegawai polis yang berdiri di hadapan kereta perondanya, menyebabka­n mangsa terpelanti­ng 15 kaki di udara sebelum terhempas di atas kereta tersebut, menurut kenyataan polis tempatan.

“Seorang lelaki dipercayai berusia 30-an kemudian melompat keluar dari kenderaan dan mulai dengan ganas menikam pegawai terbabit dengan sebilah pisau, tatkala pergelutan tercetus,” tambah kenyataan itu.

Suspek kemudian berlari menjauhi tempat kejadian dan pegawai terbabit dikejarkan ke hospital tatkala seluruh kejadian dirakam kamera pemantauan yang kemudian didedahkan polis.

Polis membuat sekatan jalan raya di sekitar bandar raya dengan 800,000 penduduk itu dan sejurus sebelum tengah malam, menahan sebuah trak.

Apabila polis menyedari nama pada lesen pemandu serupa dengan pemilik berdaftar Chevy putih itu, lelaki terbabit terus memecut ke tengah Edmonton, menurut kenyataan polis.

“Suspek dengan sengaja cuba melanggar orang ramai di kaki lima dan lorong di dua tempat berasingan, kata ketua polis Edmonton Rod Knecht kepada wartawan.

“Ketika ini dipercayai empat pejalan kaki telah dilanggar trak tersebut dan dikejarkan ke hospital dengan pelbagai kecederaan,” tambahnya.

Saksi menggambar­kan suasana panik dan terkejut ketika trak itu merempuh orang ramai sebelum suspek hilang kawalan ke atas traknya menyebabka­n kenderaan itu terbalik.

“Orang ramai terpelanti­ng, saya terkejut melihat kejadian itu,” kata Kim Andressen kepada harian Edmonton Journal.

Datuk Bandar Edmonton Don Iveson percaya ia adalah serangan ‘lone wolf’.

“Terorisme hanya mahu mencetuska­n panik dan meng-gugat kehidupan orang lain,” katanya sambil menambah, penduduk Edmonton akan mengatasi kebencian dan perpecahan. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di mana trak dipandu suspek terbalik ketika dikejar polis di persimpang­an 107 Street dan 100th Avenue di hadapan Hotel Matrix di Edmonton, Alberta kelmarin. — Gambar Reuters
ANGGOTA polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian di mana trak dipandu suspek terbalik ketika dikejar polis di persimpang­an 107 Street dan 100th Avenue di hadapan Hotel Matrix di Edmonton, Alberta kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia