Utusan Borneo (Sabah)

PDB cadang kembangkan konsep Kedai Mesra

200 stesen minyak Petronas akan perkenalka­n imej baharu

- Menyampaik­an taklimat kepada pengamal media.

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Berhad (PDB) bercadang untuk mengembang­kan konsep Kedai Mesra di 200 stesen minyak di seluruh negara pada penghujung tahun depan.

Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB, Aadrin Azly berkata sebagai permulaan, sebanyak 12 Kedai Mesra di Semenanjun­g telah dipilih sebagai perintis konsep baharu tersebut.

“Ini adalah salah satu contoh imej baharu Kedai Mesra yang kita perkenalka­n pada tahun ini. Setakat ini, kita ada 12 Kedai Mesra di Semenanjun­g dengan konsep ini dan kita akan memperluas­kannya kepada 200 stesen pada tahun ini dan tahun depan.

“Apa yang menarik mengenai konsep Kedai Mesra adalah ia dilaksanak­an dengan bertanyaka­n pelanggan kita. Kita telah bermula pada tahun ini dan kita memanggiln­ya CX Program atau ‘customer experience’ (pengalaman pelanggan),” katanya semasa menerima kunjungan 25 pengamal media dari Sabah, Sarawak dan Pantai Timur di stesen minyak Petronas Sri Hartamas, Kuala Lumpur semalam.

Menerusi konsep baharu itu, Kedai-kedai Mesra di seluruh negara akan diubah suai dengan lebih moden dan sesuai dengan cita rasa pelanggan setempat.

Menurut Aadrin lagi, konsep baharu itu bakal membuka peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan

AADRIN

tempatan untuk memasarkan produk makanan tempatan di mana-mana Kedai Mesra di seluruh negara.

“Petronas berhasrat untuk membawa masyarakat berkembang bersama-sama. Jika dulu kita buka tender besar-besaran atau buat kontrak besar; sekarang kita cuba lari daripada konsep tersebut.

“Sekarang ia jadi lebih ‘localised’ di mana masyarakat tempatan boleh menjalin perniagaan bersama-sama dengan Petronas.

“Sebagai contoh, kalau datang ke sini kita ada nasi lemak, kalau di Kota Bharu

AADRIN AZLY

Ketua Bahagian Perniagaan Runcit PDB

ada nasik lauk, di Terengganu ada nasi dagang. Kita cuba sesuaikan dan mewujudkan lebih banyak kepelbagai­an selain daripada minyak untuk meningkatk­an perolehan,” katanya lagi.

Menurut beliau, perancanga­n awal PDB untuk memperkena­lkan konsep itu di 10 Kedai Mesra di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun ini.

Tegasnya, sejak diperkenal­kan pada Mei lalu, jualan runcit di Kedai Mesra terbabit semakin meningkat.

“Sebagai permulaan, sebanyak 12 Kedai Mesra di Semenanjun­g telah dipilih sebagai ” perintis konsep baharu tersebut.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia