Utusan Borneo (Sabah)

Khazanah jangka Bajet 2018 akan punyai inisiatif rangsang pembanguna­n teknologi

-

KUALA LUMPUR: Cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd menjangka Bajet 2018 akan mempunyai beberapa inisiatif bagi merangsang pembanguna­n teknologi.

Pengarah Urusan, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, ia seiring dengan aspirasi kerajaan untuk rancangan, Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berusaha keras untuk mengoptimu­mkan penggunaan teknologi bagi pembanguna­n masa depan.

“TN50 adalah sesuatu yang sedang dilaksana kerajaan. Khazanah juga menyumbang kepada proses ini untuk masa depan, di mana kami mahu menggunaka­n teknologi tebaik bagi menghasilk­an pembanguna­n lebih baik kepada setiap orang,” katanya kepada pemberita pada majlis Forum Trend Mega Khazanah 2017 (KMF 2017) di sini, semalam.

Menurut beliau, sebagai agensi pelaburan strategik kerajaan, Khzanah telah membuat pelaburan secara aktif dalam syarikat teknologi.

Setakat ini, katanya, Khazanah telah melabur AS$1 bilion (AS$1 = RM4.22) dalam 25 syarikat teknologi global selepas melihat potensi besar daripada pelaburan dalam gergasi perdaganga­n dalam talian China, Alibaba.

“Kami telah membuat pelaburan yang baik dalam Alibaba dan mempunyai keuntungan belum direalisas­i berjumlah AS$1.4 bilion,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, Khazanah akan terus menyeimban­gkan portfolio pelaburan bagi faedah negara bukan sahaja dari segi kewangan.

“Pada masa sama kami bercakap mengenai membina melalui nilai kerana kita membantu membangunk­an negara sejajar dengan peranan kami sebagai agen strategik di mana nilai bukan sahaja kewangan tetapi juga dari segi ekonomi, strategik dan masyarakat,” katanya.

Azman berkata, secara purata, Khazanah melabur dalam tidak lebih daripada 20 syarikat setahun.

Bagi setiap keputusan pelaburan, katanya, Khazanah akan menilai antara 30 dan 50 potensi pelaburan.

KMF 2017, bertema ‘Serebrum vs Algoritma: Membina Nilai Sebenar Dalam Dunia Pasca Kebenaran’, meneroka hubungan antara kecerdasan buatan (algoritma) dan kecerdasan manusia (serebrum) dan cara-cara menggunaka­n hubungan yang dapat memberi manfaat kepada ekonomi dan rakyat.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia