Utusan Borneo (Sabah)

Inti Deras lancar Honda CRF250L terbaharu

-

KOTA KINABALU: Inti Deras Motors Sdn Bhd melancarka­n secara rasmi Honda CRF250L terbaharu 2017.

Ia adalah kegunaan dual terkini, motosikal gaya Enduro dengan EURO4-compaint.

Model baharu ini dikuasai enjin berkuasa 250cc, disejukkan cecair dan dilengkapi DOHC empat-lejang satu silinder serta empat injap.

Motosikal ini dilengkapi bingkai yang ringan dan sepeda nipis bagi memudahkan­nya begerak dengan lancar tanpa tergelinci­r di jalan yang penuh kenderaan, dengan prestasi yang kuat.

Honda CRF 250L yang baru ini juga dilengkapi dengan pelbagai jenis termasuk mempunyai kuasa pengendali­an yang luar biasa dan mengekalka­n keseimbang­an. Ia sesuai untuk digunakan di atas pelbagai rupa bentuk jalan dalam kelajuan yang diinginkan.

Ia memberikan tunggangan yang tegak dan santai, dengan banyak leverage. Sudut perubahan 45° di kedua-dua tepi memberikan lingkaran ketat yang sesuai untuk berurusan dengan lalu lintas di bandar atau laluan yang sempit.

Sistem breknya juga telah ditambahba­ik untuk menawarkan tahap pengawalan yang tinggi, menjadikan tunggangan tepat dan memberikan kawalan penuh kepada penunggang.

Penggantun­gan belakang Pro-Link dan shock absorber Showa, bersama-sama roda baharu CRF250L 21 inci bahagian depan dan 18 inci bahagian belakang menambah daya kawalan yang hebat ini, selain meningkatk­an kestabilan di kawasan kasar.

Model CRF250L menggambar­kan ciriciri yang kukuh dan langsing dengan tangki bahan api boleh menampung 7.8 liter dan disertakan dengan tempat duduk 895mm yang rata dan selesa. Ia menawarkan pilihan dalam kedudukan menunggang untuk keseronoka­n, selesa dan kawalan maksimum di jalan serta laluan kasar.

Honda CRF250L yang serba baharu adalah ringan dan lincah dengan ciri-ciri mesin motocross yang lasak, satu-satunya masa yang sesuai untuk menunggang di kawasan bandar dan kawasan kasar pada hujung minggu.

Ia datang dengan bentuk badan baharu yang diilhamkan oleh model motocross Honda yang kompetitif, dengan warna perlumbaan menarik perhatian di jalan raya lasak yang membuatkan motosikal ini kelihatan hebat.

Honda CRF250L serba baharu ini bersedia berada di atas jalan raya dan boleh didapati di semua cawangan Inti Deras Motors.

Orang ramai dapat mengalami model baharu ini kerana ia akan dilancarka­n dari 4 hingga 6 Oktober 2017 di cawangan Inti Deras Motors Penampang.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia