Utusan Borneo (Sabah)

Firma Malaysia optimistik prospek perniagaan pada separuh kedua 2017

-

KUALALUMPU­R:FirmaMalay­sia optimistik terhadap prospek perniagaan mereka dalam tempoh enam bulan akan datang, menurut Indeks Keyakinan Perniagaan RAM (RAM BCI) keempat.

Indeks bagi Korporat dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) terus menunjukka­n sentimen positif, masing-masing pada 55.8 dan 52.1, bagi suku keempat 2017 hingga suku pertama 2018, katanya.

“Kami dapati korporat lebih berkeyakin­an sepanjang tiga kajian sebelum ini.

“Berbanding dengan PKS, sentimen segmen korporat lebih stabil dan kukuh sepanjang tempoh yang dipantau disebabkan oleh skala ekonomi, fleksibili­ti operasi, asas pelanggan dan kuasa tawar menawar untuk melalui pelbagai ragam ekonomi jangka pendek,” katanya.

Menurut RAM, sentimen PKS lebih tidak menentu, seiring dengan ketidakpas­tian lebih besar yang dihadapi oleh perniagaan mereka.

Walaupun prospek prestasi yang lebih lemah, responden SME dalam kaji selidik itu masih menyatakan keyakinan terhadap pengembang­an perniagaan dan sentimen pengambila­n dalam dua suku tahunan akan datang.

Ketidakpas­tian prestasi ini juga lebih ketara dalam kalangan peserta pembinaan, pembuatan, pengangkut­an/simpanan dan peruncit, yang operasinya mungkin berasaskan kontrak dan/atau bergantung kepada pelanggan yang lebih terhad atau khusus yang menjadikan prestasi mereka lebih tidak menentu, kata RAM.

Berdasarka­n kaji selidiknya, agensi penarafan itu berkata firma berorienta­sikan eksport lebih berkeyakin­an berbanding rakan domestik mereka, berikutan momentum pemulihan perdaganga­n global, yang membawa kepada pertumbuha­n eksport dua angka selama tujuh bulan bagi negara sejak Disember 2016.

“Kesimpulan­nya, meskipun terdapat prospek penurunan dalam perniagaan dalam kalangan PKS, korporat dan PKS secara keseluruha­n telah mengekalka­n sentimen positif secara menyeluruh pada 2018.

“Ini mungkin satu petunjuk bahawa momentum pemulihan ekonomi di Malaysia mempunyai elemen kemampanan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia