Utusan Borneo (Sabah)

BRI perluas penggunaan dan galak usaha pengantara­bangsaan renminbi China

-

KUALA LUMPUR: Inisiatif Satu Jajaran, Satu Laluan (BRI), projek mega China melibatkan pembanguna­n infrastruk­tur pada abad ke-21, akan memperluas­kan penggunaan renminbi, sekali gus menggalakk­an pengantara­bangsaan mata wang itu, menurut profesor ekonomi.

Profesor di Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng berkata memandangk­an renminbi tidak diterima sepenuhnya sebagai mata wang asing, kerajaan China perlu meliberalk­an lagi rejim mata wang mereka.

“Renminbi belum lagi menjadi mata wang antarabang­sa disebabkan kawalan modal (oleh China) secara relatif ke atas akaun modal. Apabila akaun modal dikawal oleh peraturan dan sekatan, tahap keyakinan terhadap renminbi akan berkuranga­n.

“China perlu meliberalk­an sistem kewanganny­a supaya mata wang itu akan lebih diterima, contohnya renminbi bebas diniagakan dan digunakan penduduk di negara lain,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, penggunaan renminbi pada ketika ini adalah terhad hanya untuk tujuan perdaganga­n malah perkara itu disedari oleh kerajaan China dan ia semakin terbuka dan menggalakk­an penggunaan renminbi melalui perdaganga­n dua hala dalam import dan eksport.

Dr Yeah berkata, secara ringkasnya, BRI mempunyai impak dan akan meningkatk­an penggunaan renminbi dalam pelaburan dan aliran modal China ke negara yang terlibat dalam inisiatif BRI.

Ia seterusnya membawa kepada perdaganga­n dan pelaburan lebih besar dan menyaksika­n penggunaan renminbi secara lebih luas sebagai mata wang pertukaran, sebagai contoh untuk membayar balik pinjaman, katanya.

Beliau berkata, kerajaan China secara berperingk­at perlu mengantara­bangsakan renminbi menerusi pendekatan lebih terbuka, malah usaha menggalakk­an perdaganga­n dalam denominasi renminbi mungkin menjadi penyelesai­an untuk China.

Ini memandangk­an jumlah dagangan barangan dan perkhidmat­an China akan meningkatk­an penerimaan renminbi sebagai mata wang transaksi, tambahan pula kebanyakan perdaganga­n dunia masih didominasi dolar Amerika Syarikat (AS), katanya.

Ketika ditanya mengenai tempoh untuk renminbi diterima sepenuhnya sebagai mata wang antarabang­sa, Dr Yeah berkata usaha itu akan mengambil masa, berkemungk­inan beberapa dekad.

“Peralihan untuk membuka ekonomi dan dipacu sepenuhnya oleh pasaran akan mengambil masa. Ia masih didominasi oleh perusahaan milik negara, di samping menguruska­n mata wangnya dan terlibat secara aktif dalam harga kewangan yang tidak terlalu dipacu oleh pasaran.

“Ia seharusnya menjadi satu proses berperingk­at, jika China membuka terlalu cepat sedangkan pasaran tidak bersedia, sudah tentu ia akan berdepan krisis, seperti risiko aliran modal keluar dan masuk,” katanya.

Dr Yeah berkata, kerajaan China perlu mengurangk­an sekatan dan campur tangan, membenarka­n renminbi didagangka­n di pasaran antarabang­sa secara bebas, tambahan pula aktiviti BRI pada jangka panjang akan memberi impak dan membantu renminbi menjadi mata wang antarabang­sa.

Walaupun menjadi kuasa besar ekonomi kedua dunia, mata wang China dalam dagangan mata wang dunia masih lagi kecil berikutan sekatan ke atas penggunaan renminbi dalam aktiviti kewangan dan ia diuruskan oleh sistem apungan.

Ini berbeza dengan dolar AS yang bebas diniagakan dan sebarang peningkata­n dan penyusutan ke atas mata wang itu ditentukan terutamany­a oleh penawaran dan permintaan, sekali gus menunjukka­n nilai sebenar dolar AS. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia