Utusan Borneo (Sabah)

BAHTERA Edisi Selatan sasar wujud lebih 6,000 usahawan

-

JOHOR BAHRU: Program Keusahawan­an Bumiputera (BAHTERA) Edisi Selatan mensasarka­n untuk mewujudkan lebih 6,000 usahawan melalui penganjura­n kali ketiga di Pusat Konvensyen Antarabang­sa (PERSADA) di sini, pertengaha­n bulan ini.

Program anjuran Kementeria­n Kewangan tersebut berlangsun­g selama dua hari mulai 14 Oktober dengan bertemakan ‘Bumipreneu­rs of Tomorrow’ (Usahawan Bumiputera Masa Depan), yang antara lain menyasarka­n penglibata­n usahawan dan komuniti perniagaan di selatan Malaysia.

Ketua Pejabat Pembanguna­n Keusahawan­an Nasional (NEDO), Mohd Zahrain Mohd Nor berkata program itu akan diadakan secara percuma untuk semua dengan memberi pengkhusus­an kepada usahawan Bumiputera.

“Sehingga hari ini, kita telah menerima pendaftara­n lebih 2,000 usahawan yang akan menyertai 27 kelas keusahawan­an yang kita telah sediakan.

“Ia juga akan disertai 40 agensi kerajaan yang menjurus kepada pembanguna­n usahawan seperti menyediaka­n bantuan dana, latihan dan pemasaran,” katanya ketika ditemui pemberita di sini kelmarin.

Mohd Zahrain berkata, BAHTERA sebelum ini lebih tertumpu kepada program untukusaha­wanbaharu,manakala program BAHTERA (Edisi Selatan) kali ini menekankan usahawan yang bersedia untuk mengembang­kan perniagaan mereka dengan membawa jenama mereka ke peringkat dunia.

“Terdapat enam pengisian di dalam program berkenaan iaitu program keusahawan­an belia, keusahawan­an sosial, keusahawan­an wanita, keusahawan­an makanan halal dan agro, keusahawan­an fesyen, pelanconga­n dan budaya, serta keusahawan­an perkhidmat­an dan peruncitan.

“Jadi ini memang peluang yang baik kepada usahawan di Johor untuk mengembang­kan perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Program itu dijadual dirasmikan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ia juga akan membantu mengembang­kan strategi pemasaran usahawan dan menyediaka­n 27 kelas ‘master’, 28 sesi perkongsia­n maklumat menyeluruh, 2 sesi latihan intensif, 27 pengendali program selain penglibata­n 70 pempamer.

Antara 27 pengendali program yang akan terlibat ialah Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Jaringan Usahawan Muda Perusahaan Sosial (JUMPS), Train Her Consultanc­y, FaStyleAsi­a, Querenda Initiate Global Resources, Koperasi 1 Malaysia, Joobli Commerce, Insken Teraju, Rik Sadiman dan MyIPO.

Selari dengan objektif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), BAHTERA (Edisi Selatan) bertujuan menyediaka­n bimbingan dan ilmu kepada peserta untuk memperting­katkan perniagaan mereka selain jaringan perniagaan, sekali gus menjadi pengenalan kepada teknologi terkini dalam mewujudkan persaingan mampan.

BAHTERA merupakan antara usaha Kementeria­n Kewangan dan dilaksanak­an oleh NEDO. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia