Utusan Borneo (Sabah)

MAHB usaha tarik lima syarikat untuk terbang ke KLIA

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini berusaha menarik lima syarikat penerbanga­n baharu, gabungan syarikat penerbanga­n penuh dan tambang rendah untuk menggunaka­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Jika usaha untuk berjaya, syarikat penerbanga­n baharu itu akan menyertai operasi KLIA tahun depan, kata Pengarah Urusannya Datuk Badlisham Ghazali.

“Saya baharu balik dari persidanga­n World Routes 2017 di Barcelona, dan (kami) berbincang dengan beberapa syarikat penerbanga­n baharu. Insya-Allah, kami akan dapat lima (syarikat penerbanga­n baharu) tahun depan,” katanya kepada pemberita di luar acara Forum Khazanah Megatrends 2017 di sini semalam.

Badlisham berkata, MAHB menerima kira-kira lapan syarikat penerbanga­n baharu tahun ini.

Beliau berkata syarikat itu menjangkak­an kekerapan lebih tinggi bagi keseluruha­n sistem di Malaysia tahun ini, sambil menyatakan sasaran pertumbuha­n tahun ke tahun disemak semula kepada 8.5 peratus daripada 6.5 peratus sebelumnya.

“Kami mungkin mencatatka­n lebih daripada 90 juta atau antara 93-94 juta penumpang untuk Malaysia secara keseluruha­n,” katanya.

Pada 2016, MAHB merekodkan 118.5 juta penumpang yang menggunaka­n lapangan terbangnya, termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gökçen (SGIA) di Istanbul, dengan peningkata­n 5.7 peratus berbanding 2015.

Lapangan terbang Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n enam peratus pada 2016, dengan sejumlah 88.8 juta penumpang, manakala segmen antarabang­sanya meningkat lapan peratus kepada 43.2 juta penumpang.

Pada Julai 2017, jumlah penumpang keseluruha­n MAHB meningkat 7.1 peratus kepada 11.4 juta, dengan operasi antarabang­sa dan domestik masing-masing mencatatka­n 5.4 juta dan enam juta penumpang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia