Utusan Borneo (Sabah)

Dari Pulau Banggi ke Hospital Kudat, APMM bantu pesakit wanita

Dibawa dari Karakit, Pulau Bangi ke Hospital Kudat

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KUDAT: Seorang wanita mengandung tujuh bulan menerima bantuan kecemasan selepas mengalami ‘uri jatuh’ (PV Bleeding Placenta Previa).

Wanita yang dikenali sebagai Milina Jaid, 21, menerima bantuan berkenaan daripada pasukan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) di sini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Mat Som berkata, pesakit dibawa dari Karakit Pulau Banggi menggunaka­n Bot Kilat 1 kira-kira jam 12 tengahari pada Ahad.

Sebelum kejadian, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 pagi daripada Dr Hanif Abdul Rahman yang bertugas di Klinik Kesihatan Karakit.

“Sebaik Bot Kilat 1 tiba di jeti Karakit Pulau Banggi, pesakit yang ditemani ibunya segera dipindahka­n sebelum tiba di Jeti Marina di sini kira-kira jam 1.20 petang.

“Hospital yang menerima makluman mengenai operasi ini turut memberi bantuan awal kepada pesakit,” katanya di sini pada Isnin.

Beliau berkata, anggota dari Bot Kilat 1 turut membantu memindahka­n pesakit dari bot ke ambulans dan seterusnya ke Hospital Kudat untuk menerima rawatan lanjut.

Menurutnya, Maritim Malaysia bersedia setiap masa dalam memberi bantuan yang sewajarnya kepada masyarakat dan agensi serta jabatan kerajaan yang lain ketika berlakunya kecemasan atau bencana.

Pada masa sama, beliau turut mahu masyarakat agar sentiasa melaporkan kepada APMM sekiranya berhadapan sebarang masalah di laut dan selain menghubung­i MERS 999.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA APMM membawa pesakit untuk dipindahka­n ke
ambulans.
ANGGOTA APMM membawa pesakit untuk dipindahka­n ke ambulans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia