Utusan Borneo (Sabah)

‘Abang Long Fadil 2’ catat sejarah, meraih kutipan RM17.9 juta

-

FILEM aksi tahun 2017 terbitan Astro Shaw dan Skop Production­s iaitu ‘Abang Long Fadil 2’ (ALF2) telah mencatat sejarah terbaru dalam dunia perfileman Malaysia. Dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh Astro semalam, ALF2 berjaya meraih kutipan RM17.9 juta dalam tempoh 39 hari ditayangka­n dan sekaligus menjadikan­nya filem tempatan nombor satu paling laris di Malaysia masa kini. Sebelum ini, filem dengan rekod kutipan tiket paling tinggi dipegang oleh filem ‘Polis Evo’ dengan kutipan RM17.8 juta pada tahun 2015 serta filem ‘The Journey’ dengan kutipan RM17.28 juta pada tahun 2014.

Kedua-dua filem ini juga merupakan filem terbitan Astro Shaw.

Menariknya, filem ALF2 ini telah ditayangka­n sejak 24 Ogos yang lalu dan ia masih ditayangka­n di 77 pawagam tanah air sehingga ke hari ini.

Filem ALF2 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof ini membariska­n pelakon hebat tanah air seperti Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato’ AC Mizal, Wak Doyok, Achey (Bocey), Shuib (Sepahtu), Tania Hudson, A Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

‘Abang Long Fadil 2’ mengisahka­n tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh.

Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia