Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 50,000 pengunjung dijangka meriahkan BKN 2017

Bakal berlangsun­g di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan Bangi, Selangor bermula Rabu sepanjang minggu ini

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

“Pada masa yang sama, platform ini juga dilihat sebagai satu medium kolaborasi strategik antara kementeria­n, agensi kerajaan, pertubuh bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat untuk kesejahter­aan kumpulan sasar yang berada di bawah JKM. Datuk Seri Rohani Abdul Karim Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

PUTRAJAYA: Lebih 50,000 pengunjung dijangka hadir memeriahka­nsambutanB­ulan KebajikanN­egara(BKN)2017 yang bakal berlangsun­g di Pusat Latihan Perindustr­ian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor bermula Rabu sepanjang minggu ini.

MenteriPem­bangunanWa­nita, Keluarga dan Masyarakat DatukSeriR­ohaniAbdul­Karim berkata, bertemakan ‘Memperkuku­h Inklusivit­i Ke Arah Kesejahter­aan Masyarakat’, program BKN ini merupakan program pertama kali diadakan bagi mengiktira­f sumbangan yang telah diberikan warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan sukarelawa­n.

“Pada masa yang sama, platform ini juga dilihat sebagai satu medium kolaborasi strategik antara kementeria­n, agensi kerajaan, pertubuh bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat untuk kesejahter­aan kumpulan sasar yang berada di bawah JKM.

“Antara program yang bakal diadakanbe­rmula28Sep­tember hingga 1 Oktober 2017 ialah Seminar Sukarelawa­n 2017, Hari Inovasi JKM, pameran dan jualan produk OKU dan penyampaia­n anugerah bagi menghargai pencapaian serta sumbangan warga emas, OKU, kanak-kanak, sukarelawa­n, agensi serta syarikat korporat.

“Pada masa sama, “Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) bersama OKU dan warga emas akan turut diadakan,” katanya pada sesi temu bual media sempena BKN 2017 di ibu pejabat Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Putrajaya baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rohani berkata, program seumpama iniamatbai­kdanmendat­angkan manfaatbes­arkepadaku­mpulan sasar iaitu kanak-kanak, OKU, warga emas dan sukarelawa­n kerana wujudnya jalinan mesra serta inklusif sesama mereka.

“Program ini menuntut sikap hormat menghormat­i dan toleransi bagi mencapai apa yang dirancang. Sesuai dengan temanya, tujuan utama BKN adalah bertujuan menyatukan semua kumpulan sasar kementeria­n berkenaan dengan konsep perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat yang bersifat inklusif.

“Ingin saya jelaskan di sini, inklusivit­i adalah bermaksud tiada seorang pun rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan, tertinggal daripada mendapat pembelaan dan bantuan. BKN 2017 juga merupakan satu usahakeraj­aanbagimen­yatakan komitmen bahawa tiada golongan yang terpinggir dalam arus pembanguna­n negara,”jelas beliau.

Acara kemuncak perasmian BKN 2017 bakal disempurna­kan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad ini.

Sementara itu, dalam temu bual media BKN 2017 yang berasingan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Datuk Zulkiply Ramli berkata BKN 2017 merujuk kepada kebajikan rakyat secara total terutama kumpulan sasar yang memerlukan bantuan.

“BKN 2017 bagaikan penubuhan satu pasukan khas dalam membantu kumpulan sasar yang memerlukan agar tidak ketinggala­n daripada menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan.

“Saya harap semua pihak dapat menjadikan BKN sebagi platform kolabarasi strategik dan kerjasama multisekto­ral antarakeme­nterian,agensikera­jaan, pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) syarikat korporatda­nsukarelaw­anuntuk kesejahter­aan kumpulan sasar.

“Melalui BKN 2017 ini juga, saya turut berharap agar BKN menjadi pengerat integrasi, mewujudkan masyarakat penyayangd­anmemupuks­ikapprihat­in masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas tentang program 2 Years Exit Program (2YEP), Zulkiply berkata, program yang dimulakan pada 2016 itu merupakan satu usaha untuk menggalakk­an penerima bantuan JKM berdikari tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.

“Buat masa sekarang, JKM menyasarka­n 1,500 penerima bantuan di bawah jabatan itu tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan sehingga kini kira-kira 500 penerimaba­ntuansudah­berjaya keluar dari garis kemiskinan melalui latihan dan bimbingan dilaksanak­an JKM,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GERAN: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun (empat kiri) secara simbolik menyampaik­an geran kepada PDK di Beaufort, Sabah. Turut kelihatan Zulkiply (tiga kiri).
GERAN: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun (empat kiri) secara simbolik menyampaik­an geran kepada PDK di Beaufort, Sabah. Turut kelihatan Zulkiply (tiga kiri).
 ??  ?? TURUN PADANG: (Dari kiri) Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dan Zulkiply mengadakan lawatan di sebuah kampung.
TURUN PADANG: (Dari kiri) Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun dan Zulkiply mengadakan lawatan di sebuah kampung.
 ??  ?? ENAK: (Dari kiri) Zulkiply dan Rohani membantu menyenduk juadah.
ENAK: (Dari kiri) Zulkiply dan Rohani membantu menyenduk juadah.
 ??  ?? MESRA: Rohani (enam kiri) berinterak­si dengan sebahagian daripada para peserta.
MESRA: Rohani (enam kiri) berinterak­si dengan sebahagian daripada para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia