Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Selangor gagal bantu selesaikan masalah Melayu: Muhammad Taib

-

SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib pada Isnin mendedahka­n kegagalan kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membela dan memperjuan­gkan orang Melayu antara faktor beliau kembali ke pangkuan Umno.

Katanya beliau menyertai PKR selepas dipelawa oleh Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu menyelesai­kan masalah peneroka Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor yang mendakwa tanah mereka diambil kerajaan negeri untuk dibangunka­n.

“Saya telah mempengeru­sikan mesyuarat bagi menyelesai­kan isu itu berbelas kali termasuk membawa masalah kepada pihak Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Jadi apa gunanya saya diminta oleh Anwar untuk menyelesai­kan isu tersebut,” katanya pada sidang media khas bagi menjelaska­n tindakanny­a kembali ke pangkuan Umno di kediamanny­a di Seksyen 7 di sini.

Menurut bekas Naib Presiden Umno itu kekecewaan dengan kegagalan kerajaan negeri Selangor membela nasib Melayu menyebabka­n beliau rasa terpanggil untuk kembali memperjuan­gkan nasib sekaumnya menerusi Umno.

Muhammad yang menegaskan beliau tidak mengharapk­an sebarang jawatan dalam Umno, turut menasihati orang Melayu, khususnya di Selangor, agar tidak mengikut emosi semasa memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Melayu kena fikir guna otak bukan emosi, jangan benarkan emosi kita tentukan siapa patut memerintah sebab ia akan membawa mudarat. Kalau Melayu nak selamat, Melayu mesti memilih parti yang terbukti boleh menjaga orang Melayu iaitu UMNO,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia