Utusan Borneo (Sabah)

Johor akan cadang k’jaan pusat tambah baik undangunda­ng berkaitan kesalahan terhadap pencemaran air

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johorakanm­encadangka­nkepada kerajaan pusat bagi menambah baik undang-undang dan akta berkaitan penguatkua­saan serta kesalahan terhadap pencemaran air supaya sebarang kejadian seumpama itu dapat ditangani sewajarnya.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor Datuk Hasni Mohammad berkata buat masa ini Kerajaan Johor melihat undangunda­ng dan akta sedia ada memerlukan penambahba­ikan.

“Di negara kita, agensi yang bertanggun­gjawab terhadap pencemaran air ada banyak seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Badan Kawal Selia Air Johor (Bakaj) dan Jabatan Alam Sekitar.

Namun, undang-undang dan akta berkaitan penguatkua­saan serta kesalahan terhadap pencemaran air setiap agensi masing-masing itu berbeza. Pada Johor undang-undang ini juga tidak begitu mencermink­an tentang begitu pentingnya kita mengawal atau memantau apa jua bentuk ancaman kepada sumber sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian ‘Water Leaders Forum’ oleh Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, di sini pada Isnin.

Hasni berkata tindakan kerajaan Johor mencadangk­an kepada kerajaan pusat itu ekoran berlakunya beberapa kejadian pencemaran ammonia di negeri ini yang menyebabka­n pengguna mengalami gangguan bekalan air disebabkan loji rawatan air yang tidak dapat beroperasi berikutan bacaan ammonia yang tinggi.

“Dalam berdepan gangguan bekalan air ini, kita perlu melihat dari segi perundanga­n. Saya tahu rakyat sudah bosan kerana tiaptiap kali berlaku pencemaran, kita jawab disebabkan ammonia meningkat. Sebab itu kerajaan negeri perlu berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Hasni berkata kerajaan Johor sudah membelanja­kan lebih RM500 juta tahun ini bagi meningkatk­an keupayaan simpanan air di negeri ini.

Beliau berkata ia merangkumi projek Penyaluran Air Mentah Iskandar Malaysia (PAMIM), pembinaan Loji Rawatan Air Kahang di Kluang berserta Saluran Pemindahan Air Sementara serta Projek Pemindahan Air Mentah Sungai Lenggor ke Empangan Congok dekat Mersing.

Terdahulu, Mohamed Khaled dalam ucapan perasmian berkenaan pula berkata Kerajaan Johor komited menyelesai­kan masalah air dengan segera dan sebaiknya. -Bernama

 ??  ?? MOHAMED Khaled (dua,kiri) meletakkan replika air pada petak khas sebagai gimik Merasmikan ‘Water Leaders Forum 2017, Water as a Resource and for Livelihood’ di sebuah hotel pada Isnin. Turut hadir Hasni Mohammad (dua, kanan), Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani (kanan). -Gambar Bernama
MOHAMED Khaled (dua,kiri) meletakkan replika air pada petak khas sebagai gimik Merasmikan ‘Water Leaders Forum 2017, Water as a Resource and for Livelihood’ di sebuah hotel pada Isnin. Turut hadir Hasni Mohammad (dua, kanan), Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor Datuk Ayub Rahmat (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani (kanan). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia