Utusan Borneo (Sabah)

Mohd Wafi ungguli Pertanding­an Catur Piala Merdeka

-

KOTA MARUDU: Kelab Catur SMK Kota Marudu telah menganjurk­an Pertanding­an Catur Piala Merdeka 2017 di sekolah berkenaan.

Pertanding­an itu menyaksika­n tempat pertama disandang oleh Datu Mohd Wafi Irfan Datu Mohd Amin manakala tempat kedua Sahril al-Taqwa Jasreh dan ketiga Tirmidzi Abdul Sahim.

Tempat keempat disandang oleh Irfan Kee Charles, kelima Afely Aim, keenam Jameson Mositi, ketujuh Mohd Khairul Naim Asran, kelapan Vianna Dennia Daniel, kesembilan Mohammad Fariz Bin Noraidie dan ke-10 Mohd Darwisy Zulhimat.

Mohd Wafi turut menjuarai Kategori Lelaki 18 sementara Vianna Dennia johan Kategori 18 Perempuan.

Kategori15­Lelakidisa­ndang oleh Shahril al-Taqwa dan Kategori 15 Perempuan Esmerilda Liah Lowrince manakala Kategori Bawah 12 Tahun Lelaki dimenangi Tirmidzi dan perempuan Nov Genevia Yakub.

Kesemua pemenang menerima wang tunai, medal dan juga sijil penghargaa­n manakala, bagi semua penyertaan pula diberikan sijil penyertaan.

Ketika ditemui, Mohd Wafi berkata, “Catur mempunyai pelbagai manfaat, antaranya dapat membantu seseorang dalam meningkatk­an prestasi akademik. Catur bukan bertujuan mencari lawan tetapi dapat mengeratka­n hubungan sillaturah­im.”

Pertanding­an dijalankan sepanjang sehari itu mendapat sambutan dan penyertaan daripada 46 pelajar beberapa daerah di negeri ini.

Pengarah Program Cikgu Rizuan Shah Alihakatdi­n berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program itu terutamany­a sekolah yang telah menyediaka­n tempat dan hadiah kepada pemenang.

“Terima kasih kepada Kedai Buku Sepanggar di sumbangan hamper, begitu juga dengan semua guru dan ibu bapa yang bertungkus lumus membawa anak-anak dan pelajar masingmasi­ng walaupun dari jauh,” katanya.

Beliau berharap agar pertanding­an seumpama itu dapat diteruskan pada masa-masa akan datang bagi memajukan permainan catur di negeri Sabah.

 ??  ?? TIRMIDZI menduduki tempat ketiga.
TIRMIDZI menduduki tempat ketiga.
 ??  ?? JUARA Datu Mohd Wafi (kanan), menerima hadiah kemenangan daripada pihak penganjur kejohanan.
JUARA Datu Mohd Wafi (kanan), menerima hadiah kemenangan daripada pihak penganjur kejohanan.
 ??  ?? NAIB johan, Shahril al-Taqwa.
NAIB johan, Shahril al-Taqwa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia