Utusan Borneo (Sabah)

Messi inspirasik­an kemenangan Barca

Real tumpaskan Espanyol di gelanggang sendiri

-

BARCELONA, Sepanyol: Lionel Messi menjaringk­an dua gol ketika Barcelona menewaskan Las Palmas 3-0 dalam aksi La Liga Sepanyol yang dilangsung­kan dalam stadium tanpa penonton ekoran ketegangan di antara polis dan pengundi di Catalonia berikutan dengan satu referendum kemerdekaa­n yang diharamkan.

Pada perlawanan lewat, Real Madrid mencipta kemenangan pertama mereka di Santiago Bernabeu musim ini dengan menewaskan Espanyol 2-0 menerusi dua gol Isco sementara Valencia naik ke tangga ketiga selepas menewaskan Athletic Bilbao 3-2.

Barca, yang mendahului kedudukan liga, cuba menangguhk­an perlawanan tetapi permohonan mereka ditolak oleh La Liga dan kelab mengumumka­n 25 minit sebelum sepak mula perlawanan di mana perlawanan akan berlangsun­g tanpa penonton.

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berkata stadium terpaksa ditutup untuk menunjukka­n bantahan kepada keganasan polis terhadap pengundi dalam referendum kemerdekaa­n Catalonia, yang diharapkan oleh kerajaan persekutua­n dan bukan kerana isu keselamata­n.

Polis anti rusuhan Sepanyol menyerbu pusat mengundi di seluruh Catalonia untuk cuba menghalang referendum untuk berpisah dari Sepanyol dan pegawai Catalan berkata lebih dari 800 orang cedera dalam operasi itu.

Sergio Busquets menjaringk­an gol pertama beliau dalam liga sejak tiga musim untuk meletakkan Barca di hadapan pada minit ke-49, dengan menanduk satu tendangan sudut Messi.

Messi menjaringk­an gol liga ke-10 beliau musim ini untuk menambah jaringan pada minit ke-70 sebelum melengkapk­an jaringan pada minit ke-77 dari umpanan Luis Suarez untuk kemenangan liga ketujuh berturuttu­rut dan mengekalka­n permulaan sempurna musim ini.

Barca mendahului kedudukan liga dengan 21 mata, lima mata di hadapan Sevilla di tangga kedua sementara Real Madrid di tangga kelima dengan 14 mata. Valencia, 15 mata, memintas Atletico Madrid di tangga ketiga dengan perbezaan gol.

Di Bernabeu, Isco menyempurn­akan hantaran Cristiano Ronaldo untuk membuka jaringan pada minit ke-30 sebelum kesilapan kapten Real, Sergio Ramos hampir membolehka­n Espanyol mengikat kedudukan tetapi Nacho sempat memintas bola untuk menafikan sebarang gol sebelum Isco menamatkan saingan dengan gol kedua.

“Isco bermain dengan keyakinan yang tinggi dan beliau tahu beliau adalah pemain yang lebih penting sekarang walaupun beliau sentiasa pemain yang penting. Beliau bermain tanpa sebarang masalah dan tekanan ketika ini,” kata jurulatih Real, Zinedine Zidane. – Reuters

 ??  ??
 ??  ?? GERAKAN Messi cuba dihalang oleh pemain pertahanan Las Palmas. - Gambar REUTERS
GERAKAN Messi cuba dihalang oleh pemain pertahanan Las Palmas. - Gambar REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia