Utusan Borneo (Sabah)

Ingati jasa pahlawan negara

34 kontinjen sertai Hari Pahlawan peringkat negeri

- Oleh ALFRED PETRUS

SEBANYAK 34 kontinjen menyertai Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2017.

Penyertaan adalah daripada pelbagai agensi, jabatan, persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) sekitar Banraya daraya

Kota Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2017 ini adalah bagi memperinga­ti jasa pasukan keselamata­n negara yang terkorban demi kesejahter­aan negara. Sambutan yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Likas pada Isnin itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, yang berkenan memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama sebelum menerima Tabik Hormat Diraja. Acara itu dimulakan dengan tiupan Paluan Akhir oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai simbolik untuk mengenang jasa mereka yang terkorban demi mempertaha­nkan kedaulatan negara.

Menyusul kemudian ialah bacaan sajak bertajuk ‘Pahlawan Ialah Dia’ oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta persembaha­n khas yang disampaika­n oleh Angkatan Petugas 450.

Acara diteruskan dengan tiupan ‘Rouse’ dengan menaikkan bendera kebangsaan dan negeri Sabah sebagai tanda memberi semangat kepada pasukan keselamata­n negara untuk terus berkhidmat demi keamanaan negara.

Sebaik tamat tiupan berkenaan, Juhar bergerak meninggalk­an dewan untuk lawatan di tapak pameran yang disediakan. Acara itu diakhiri dengan Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Keselamata­n Kawalan Kehormat Utama sebelum Juhar berangkat balik.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra.

 ??  ?? Kinabalu. BACAAN sajak ‘Pahlawan Ialah Dia’ oleh anggota TLDM. JUHAR menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Keselamata­n Kawalan Kehormat Utama. ANTARA kontinjen yang menyertai sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2017.
Kinabalu. BACAAN sajak ‘Pahlawan Ialah Dia’ oleh anggota TLDM. JUHAR menerima Tabik Hormat Diraja daripada Pasukan Keselamata­n Kawalan Kehormat Utama. ANTARA kontinjen yang menyertai sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah 2017.
 ?? - Gambar oleh Jabatan Penerangan ?? JUHAR (dua kiri) memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama.
- Gambar oleh Jabatan Penerangan JUHAR (dua kiri) memeriksa Pasukan Kawalan Kehormat Utama.
 ??  ??
 ??  ?? JUHAR (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan.
JUHAR (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N khas oleh Angkatan Petugas 450.
PERSEMBAHA­N khas oleh Angkatan Petugas 450.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia