Utusan Borneo (Sabah)

Ekspedisi Bermotosik­al Jelajah Borneo

Ahli HOG Kuala Lumpur adakan Ekspedisi Bermotosik­al Jelajah Borneo

- Oleh JAINUDIN NASIR

SERAMAI 120 ahli keluarga termasuk 70 ahli Kelab Harley Owners Group (HOG) antarabang­sa telah mengadakan Ekspedisi Bermotosik­al Jelajah Borneo bagi membantu mempromosi lokasi-lokasi menarik di Sabah, Wilayah Persekutua­n Labuan dan Sarawak.

Penyelaras program, Roslan Ismail berkata, program itu diadakan sempena Ulangtahun ke-115 Harley Davidson.

Sehubungan itu, mereka mengambil kesempatan itu untuk memainkan peranan membantu kerajaan mempromosi tempat-tempat menarik seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Program tahunan seumpama ini mampu memupuk perpaduan dan permuafaka­tan dalam kalangan ahli Kelab HOG, yang dianggotai para ahli peringkat antarabang­sa termasuk dari Amerika, Indonesia, Australia, Sri Lanka, Singapura, India, Belanda dan beberapa negara lain yang turut bekerjasam­a dengan HOG,” katanya.

Eksedisi itu katanya, melibatkan dua destinasi utama selepas Wilayah Persekutua­n Labuan iaitu ke Negeri Sabah bermula di Bandaraya Kota Kinabalu lalu ke Kota Belud, Kundasang, Ranau, Tambunan, Keningau dan berakhir di Menumbok sebelum ke Brunei Darussalam, Miri, Bintulu dan Bandaraya Kuching.

Menurut Roslan, kelab itu bercadang menyertai sambutan Ulangtahun HOG Antarabang­sa 2018 di Amerika Syarikat.

Beliau berharap para peserta ekspedisi itu akan memanfaatk­an lokasiloka­si menarik yang dilawati untuk dipromosik­an bukan sahaja kepada masyarakat di tempat masing-masing, malah masyarakat antarabang­sa.

Beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada para penaja terutama iaitu Petronas dan MAS Cargo, serta kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDR) yang banyak membantu melancarka­n perjalanan konvoi bermotosik­al dari mula hingga akhir.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta merakam gambar kenangan bersama Roslan (berdiri, tiga dari kiri) sejurus tiba di perkaranga­n Mount Kinabalu Heritage & SPA Kundasang.
SEBAHAGIAN peserta merakam gambar kenangan bersama Roslan (berdiri, tiga dari kiri) sejurus tiba di perkaranga­n Mount Kinabalu Heritage & SPA Kundasang.
 ??  ?? DARI kiri: Theo Van Linen (AS), Mohd Fuad (Malaysia), Glenn Ford (Australia) dan Ravi Shankar (Malaysia).
DARI kiri: Theo Van Linen (AS), Mohd Fuad (Malaysia), Glenn Ford (Australia) dan Ravi Shankar (Malaysia).
 ??  ?? PARA peserta bergambar kenangan bersama kakitangan Stesen Petronas Ranau.
PARA peserta bergambar kenangan bersama kakitangan Stesen Petronas Ranau.
 ??  ?? DARI kanan: Fara Asmari, Kasuma Nordin, Suhana Mislan dan Sura Abdul.
DARI kanan: Fara Asmari, Kasuma Nordin, Suhana Mislan dan Sura Abdul.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta wanita ekspedisi berkenaan.
SEBAHAGIAN peserta wanita ekspedisi berkenaan.
 ??  ?? ASMADI Abu Kassim, 53, dari Melaka.
ASMADI Abu Kassim, 53, dari Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia