Utusan Borneo (Sabah)

IPGKTAR harumkan nama Malaysia di Kemboja

-

JALUR Gemilang berkibar megah di bumi Kemboja barubaru ini, oleh sekumpulan pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan (IPGKTAR) bagi menyemarak­kan semangat cintakan negara dan tekad mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa.

Semangat yang membara itu dijelmakan melalui penganjura­n program Al-Falah@Cambodia 2017 pada 30 Ogos hingga 3 September dengan kerjasama Ezkembara Sdn. Bhd, yang bertujuan untuk menjulang nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi serta menzahirka­n rasa ehsan dan kasih sayang sesama insan kepada masyarakat Kemboja.

Melalui program itu, pihak penganjur mengendali­kan beberapa aktiviti kebajikan dan kemasyarak­at kepada masyarakat setempat selain melaksanak­an ibadah korban di Kemboja.

Antara aktiviti yang dilaksanak­an adalah sumbangan derma barangbara­ng keperluan, wakaf perigi tiub, sukaneka, aktiviti pendidikan bagi kanak-kanak, pelaksanaa­n ibadah korban dan sambutan perayaan Aidiladha bersama masyarakat kampung.

Sebanyak 22 lembu telah disembelih dan diagihkan kepada masyarakat setempat.

Selain itu juga, program Al-Falah@ Cambodia membantu masyarakat setempat dengan meningkatk­an kemudahan asas kepada masyarakat Kemboja dengan mewakafkan lapan perigi tiub serta sumbangan kewangan kepada dua sekolah pondok.

Menurut penyelaras program Al-Falah@ Cambodia Ustaz Nik Zul Azhar Nik Hassan, penganjura­n program sedemikian dapat memberi keinsafan kepada peserta program serta menghargai setiap apa yang dinikmati di tanah air di Malaysia.

“Suasana kehidupan di Malaysia amat selesa berbanding kehidupan masyarakat Kemboja yang masih dihimpit dengan seribu kesukaran.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya rasa bersyukur atas nikmat keamanan dan kemakmuran negara yang membolehka­n kita hidup dengan penuh keselesaan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Program lima hari empat malam itu amat memberi makna kepada semua peserta program katanya, kerana walaupun masyarakat Kemboja hidup dalam serba kekurangan, namun semangat untuk terus bangkit untuk terus maju wajar diberi pujian.

Melalui aktiviti yang dilaksanak­an sepanjang tempoh di Kemboja, masyarakat setempat begitu bersemanga­t dan amat menghargai setiap apa yang diberikan oleh rakyat Malaysia.

Pengarah IPGKTAR Hamsiah Abdullah Masni turut melahirkan rasa bangga apabila Jalur Gemilang dikibarkan di bumi Kemboja.

Ia melambangk­an kekuatan dan kehebatan sebuah negara yang berdaulat dan semangat kemanusiaa­n yang tinggi melangkui sempadan antarabang­sa.

Beliau juga amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah turut sama menyumbang dalam bentuk kewangan, sumbangan wakaf perigi tiub dan sebagainya dalam menjayakan program tersebut.

“Semangat cintakan negara harus disemat oleh setiap warga pendidik, bukan hanya melalui pengajaran dan pembelajar­an di dalam kelas, malah ia harus dijelmakan melalui pelbagai cara antaranya pengajuran program sebegini,” katanya.

Menurut Timbalan Pengarah Dr. Rahmah Murshidi, beliau berasa teruja dengan kesungguha­n rakyat Malaysia yang sentiasa menunjukka­n rasa prihatin terhadap masyarakat dunia terutama masyarakat Kemboja.

“Mudah-mudahan sumbangan ini dapat menunjukka­n kebersamaa­n masyarakat Malaysia dalam memahami kesukaran kehidupan mereka berbanding kehidupan kita rakyat Malaysia yang penuh dengan kesenangan dan kemewahan,” katanya lagi.

Program itu antara lain, adalah bagi menzahirka­n rasa syukur kepada Allah atas nikmat keamanan dan rezeki yang luas, selain menjulang nama Malaysia ke persada antarabang­sa.

Ia juga bagi menzahirka­n rasa keprihatin­an rakyat Malaysia kepada masyarakat Kemboja serta memberi sumbangan derma dan khidmat profesiona­l kepada masyarakat Kemboja.

 ??  ?? JALUR Gemilang dikibarkan di Kandal, Kemboja.
(Gambar kanan) SEBANYAK 22 lembu berjaya disembelih dan diagihkan kepada masyarakat.
(Gambar bawah) BERSIARSIA­R di Kandal.
JALUR Gemilang dikibarkan di Kandal, Kemboja. (Gambar kanan) SEBANYAK 22 lembu berjaya disembelih dan diagihkan kepada masyarakat. (Gambar bawah) BERSIARSIA­R di Kandal.
 ??  ?? BERKONGSI pengalaman sempena Malam Aidiladha di Kandal, Kemboja.
BERKONGSI pengalaman sempena Malam Aidiladha di Kandal, Kemboja.
 ??  ?? MENIUP belon antara acara sukaneka di Kandal.
MENIUP belon antara acara sukaneka di Kandal.
 ??  ?? PENDUDUK Kemboja menerima derma melalui program tersebut.
PENDUDUK Kemboja menerima derma melalui program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia