Utusan Borneo (Sabah)

Fokus perniagaan berasaskan ubi

Sariyaman tokoh usahawan wanita 2017

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

BERKECIMPU­NG

dalan perniagaan produk berasaskan tanaman ubi selama lebih 10 tahun memberi banyak pengalaman pahit manis kepada Sariyaman Sabur, 35.

Bermula dari kecil lagi, seawal usia 10 tahun Sariyaman sudah mendedahka­n dirinya untuk berniaga dengan menjual hasil kebun tanaman salak bapanya, Sabur Naru, di sekolah.

Katanya, pendedahan awal itulah yang membuatnya teruja dan memasang cita-cita mahu menjadi peniaga berjaya.

“Andai masa mahu diulang semula, saya tetap mahu menjadi usahawan kerana saya meminati kerjaya saya meskipun sebagai seorang ibu saya tidak cukup tangan untuk melakukan semuanya.”

“Namun percayalah, dengan izin Allah kerjaya usahawan ini memberi pelbagai pengalaman

SARIYAMAN SABUR

yang akan mematangka­n diri apatah lagi untuk membentuk diri menangani pelbagai ujian dalam keadaan yang tidak terduga,” katanya.

Ibu kepada empat orang anak, Nurfadhila­h Zahrah Mohd Yusuf, 7, Muhammad Iyad Wafi Mohd Yusuf, 5, Nur Azimah Fahme, 2, dan Nur Izzah Fahme, 1, mengakui tanpa sokongan dan dorongan suaminya, Fahme Abd Jutup, sudah pasti perjalanan perusahaan­nya amat sukar.

Katanya, selain suaminya, bapanyalah yang menjadi sumber inspirasin­ya kerana dialah yang mendidikny­a sejak kecil untuk tidak mudah berputus asa atau patah hati sekiranya gagal sebaliknya bangkit berjuang.

“Bapa saya pernah berkata, jika mahu berjaya bukan mudah tapi dengan izin Allah segala yang diusahakan akan dimudahkan dengan syarat sabar, jujur, kuat berusaha dan tidak mengalah,” katanya.

“Pertanian adalah perniagaan jadi biarlah saya yang menghasilk­an produk berasaskan ubi dari petanipeta­ni di kampung sendiri agar tanaman ubi dapat diusahakan secara komersil secara berterusan dari generasi ke generasi seterusnya.

Berpanduka­n nasihat dan restu orang tuanya, Sariyaman yang berkelulus­an Diploma Pengurusan Perkhidmat­an Makanan dari UiTM Shah Alam tahun 2006 tekad memulakan langkahnya dengan membuka De SR Resepi sejak 2007.

Pada mulanya, beliau membuat kerepek ubi dari rumah dan mula dipasarkan­nya di geraigerai hentian bas di simpang empat Kunak.

Hari ini, aktiviti utama syarikat memproses dan mengedar dan menjual hasil ubi kayu seperti kerepek ubi kayu, naget ubi kayu sejuk beku, ubi kayu rebus sejuk beku dan serbuk perisa untuk produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti perisa kari, lada hitam dan perisa keju.

Beliau pernah mendapat Anugerah Usahawan sempena Hari Petani,Penternak dan Peladang peringkat Negeri 2017, Anugerah Usahawan Siswazah (2016), Anugerah Usahawan Pemprosesa­n Makanan (2015) dan banyak lagi.

Menurutnya, dia tekad dan akan mempertaha­nkan produknya yang berasaskan ubi kayu kerana baginya biarlah dia menjadi orang yang bertanggun­gjawab mengangkat tanaman ubi menjadi produk di pasaran.

“Pertanian adalah perniagaan jadi biarlah saya yang menghasilk­an produk berasaskan ubi dari petani-petani di kampung sendiri

agar tanaman ubi dapat diusahakan secara komersil secara berterusan dari generasi ke generasi seterusnya,” katanya.

Sariyaman menjelaska­n memandangk­an dia datang dari keluarga petani dan menjadi pekerja ladang, dia mengenali tanaman ubi kayu malah juga tahu sejarah kegunaan tanaman ini di zaman kesengsara­an penjajahan British dan Jepun.

Lagipun ubi kayu amat mudah ditanam, mudah tumbuh dan manfaatnya dari daun hinggalah ke batang dan akarnya. “Pernah suatu ketika, harga pasaran seguni kayu ubi hanyalah RM5

dan bayangkan berapa banyak produk yang saya hasilkan hasil lambakan bahan asas itu.

“Meskipun hari ini harga ubi kayu sudah berubah namun saya telah mengenali produk saya lebih 10 tahun hasil keputusan saya untuk fokus memasarkan produk dari ubi kayu sahaja,” katanya.

Wanita yang amat sinonim namanya dalam sebarang penganjura­n ekspo produk pertanian ini juga ingin menarik perhatian golongan wanita khususnya yang muda sekarang lebih berminat dengan perniagaan yang memasarkan produk mengikut trend sematamata.

Menurutnya, perbezaan peniaga wanita dahulu dengan sekarang adalah yang lama berniaga produk yang menjadi kepakaran mereka dengan menjual produk yang diperlukan pelanggan.

Berbeza dengan sekarang, peniaga mengikut trend walaupun mereka tahu trend akan berubah.

Perniagaan seumpama ini menurutnya memerlukan kos yang tinggi untuk penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), promosi, kos bahan yang tinggi dan tidak boleh dikawal.

“Jadi saya ingin menarik minat kepada mereka yang tertarik ingin berniaga ataupn peniaga yang masih baharu, anda perlu bijak dan rasional menentukan produk anda, jangan kerana trend anda terperangk­ap dan gagal,” katanya.

Sariyaman turut berkongsi pengalaman dan nasihat kepada wanita agar memulakan perniagaan perlu ada sasaran dan mulai dengan membuat kajian pasaran terlebih dahulu.

Selain itu, mulakan perniagaan dengan menjual produk orang lain untuk mengukur kepakaran perniagaan yang diri sendiri akan cenderung.

Sekiranya cenderung ke bahagian pemasaran, gunakan kepakaran pemasaran itu dengan menjual produk orang lain.

Di satu tahap bolehlah mencari produk sendiri sama ada mengeluark­an produk sendiri atau produk dikilangka­n oleh seseorang untuk orang lain.

Beliau yang rapat dengan ibunya, Adri Challan serta enam lagi adik beradiknya berhasrat mahu membuka pusat pembelajar­an pemprosesa­n makanan yang bertauliah dan melahirkan usahawan Sabah yang berdaya maju.

Selain itu, Sariyaman mahu membantu usahawan Sabah untuk memanfaatk­an hasil pertanian di peringkat akar umbi.

 ??  ??
 ??  ?? SARIYAMAN bersama rakan-rakan sering mengikuti program-program menambah pengetahua­n.
SARIYAMAN bersama rakan-rakan sering mengikuti program-program menambah pengetahua­n.
 ??  ?? SARIYAMAN sentiasa memotivasi­kan pekerjanya menghasilk­an produk berkualiti.
SARIYAMAN sentiasa memotivasi­kan pekerjanya menghasilk­an produk berkualiti.
 ??  ?? SARIYAMAN dengan produk keluaran syarikatny­a, De SR Resepi.
SARIYAMAN dengan produk keluaran syarikatny­a, De SR Resepi.
 ??  ?? SEJAK kecil Sariyaman dididik orang tuanya menjadi usahawan.
SEJAK kecil Sariyaman dididik orang tuanya menjadi usahawan.
 ??  ?? USAHA Sariyaman banyak disokong suaminya Fahme.
USAHA Sariyaman banyak disokong suaminya Fahme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia