Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Sayang Wanita Umno Ranau hulur sumbangan

- Oleh JAINUDIN NASIR

Sayang Wanita Umno Daerah Ranau telah menghulurk­an sumbangan kewangan kepada keluarga balu Allahyarha­m Johan @Linus Gasan yang telah kembali ke rahmatulla­h barubaru ini di Kg Paka Dua.

Ketua Wanita Umno Ranau Datuk Amisah Yassin telah mengetuai rombongan seramai enam ahli Skuad Sayang itu, yang seterusnya mewakili rombongan menyampaik­an sumbangan kepada Masnih Saman (balu Allahyarha­m).

Amisah yang juga setiausaha politik Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar memberitah­u sumbangan itu adalah tanda simpati terhadap keluarga Allahyarah­am Linus.

“Walaupun sumbangan hanya sedikit, namun kami ikhas serta prihatin menyumbang bagi meringanka­n bebanan keluarga Masnih,” jelasnya.

Beliau berkata Skuad Sayang Wanita Umno itu mempunyai peranan membantu masyarakat terutama mereka yang memerlukan tanpa memilih agama, suku kaum dan ideologi politik.

“Selain memberi sumbangan kepada yang memerlukan, kita juga menyertai gotong royong membersihk­an kawasan perumahan, membantu memasak di majlis tertentu, menziarah mereka yang terlantar sakit, orang kelainan upaya (OKU) dan melawat rumah-rumah kebajikan, selain menjalanka­n tanggungja­wab membantu memantapka­n perjuangan murni parti Umno,” katanya.

Sementara itu, adik Masnih, Asman Saman berterima kasih di atas kprihatina­n Skuad Sayang Umno Ranau kerana sudi menghulurk­an sumbangan.

“Sumbangan seperti ini amat kami hargai. Justeru, saya mewakili keluarga kami merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada mereka dan para penyumbang yang lain,” katanya.

 ??  ?? AMISAH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Masnih, diperhatik­an ahli rombongan yang lain.
AMISAH (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan kepada Masnih, diperhatik­an ahli rombongan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia