Utusan Borneo (Sabah)

Amal tertib perlindung­an

Sebagai langkah cegah jangkitan virus ketika kendali jenazah

-

SEMUA pengendali jenazah adalah disaran untuk mengamalka­n tertib perlindung­an dan keselamata­n menyeluruh sebagai langkah pencegahan jangkitan virus, khususnya dalam mengendali­kan jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit.

Menyedari pentingnya peranan kalangan pengendali jenazah, Jabatan Forensik dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam Hospital Queen Elizabeth (HQE) telah menganjurk­an kursus pengendali­an jenazah kepada wakil syarikat pengurusan jenazah sekitar Kota Kinabalu dan kawasan berhampira­n.

Lebih 20 orang mewakili syarikat pengendali jenazah telah menghadiri kursus sehari yang diadakan di Jabatan Forensik HQE pada Jumaat.

Penyelaras Kursus Haji Aji Bungsu berkata objektif kursus adalah memberi pendedahan dan latihan kepada para peserta tentang langkah perlu menguruska­n jenazah termasukla­h jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit seperti HIV dan AIDS.

“Kursus yang dianjurkan amat penting kerana pengendali jenazah adalah individu paling awal terdedah kepada risiko jangkitan virus terutama dalam mengendali­kan jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit, sekiranya langkah keselamata­n dan pencegahan tidak diberi perhatian,” katanya.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Jabatan Forensik berkata, peserta bukan sahaja didedahkan dengan Akta dan Undang-undang Kesihatan Awam, malah maklumat berhubung lebih 31 penyakit yang notifikasi sebagai penyakit berjangkit juga diberi penerangan terperinci.

Jelasnya, jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit bukan sahaja perlu dikendalik­an dengan penuh cermat malah bahan-bahan serta peralatan yang digunapaka­i dalam proses mandian, proses mengapan dan mengebumik­an jenazah juga perlu dilupuskan dengan penuh teliti mengikut cara yang paling selamat.

Pada kursus itu, para peserta turut diberi latihan secara praktikal mengendali jenazah berisiko disertakan kaedah penggunaan peralatan perlindung­an yang lengkap bagi tujuan keselamata­n.

Hadir sama selaku penceramah kursus adalah Pegawai Unit Kesihatan Awam Arshad Abdul Majid serta Safree Sablilee.

“Kursus yang dianjurkan amat penting kerana pengendali jenazah adalah individu paling awal terdedah kepada risiko jangkitan virus terutama dalam mengendali­kan jenazah yang meninggal dunia akibat penyakit berjangkit, sekiranya langkah keselamata­n dan pencegahan tidak diberi perhatian. HAJI AJI BUNGSU Penyelaras Kursus

 ??  ?? PESERTA kursus, penceramah dan penyelaras kursus merakamkan foto di luar bangunan Jabatan Forensik, Unit Forensik Patologi HQE.
PESERTA kursus, penceramah dan penyelaras kursus merakamkan foto di luar bangunan Jabatan Forensik, Unit Forensik Patologi HQE.
 ??  ?? AJI dan Safree memerhatik­an salah seorang peserta melaksanak­an tugas pembersiha­n jenazah.
AJI dan Safree memerhatik­an salah seorang peserta melaksanak­an tugas pembersiha­n jenazah.
 ??  ?? SAFREE (kanan) memberi taklimat berhubung kaedah keselamata­n mengendali­kan jenazah berisiko tinggi.
SAFREE (kanan) memberi taklimat berhubung kaedah keselamata­n mengendali­kan jenazah berisiko tinggi.
 ??  ?? SAFREE (kiri) serta Aji (berdiri, dua kiri) memberi taklimat dan mengadakan sesi soal jawab berhubung kaedah keselamata­n mengendali jenazah berisiko tinggi.
SAFREE (kiri) serta Aji (berdiri, dua kiri) memberi taklimat dan mengadakan sesi soal jawab berhubung kaedah keselamata­n mengendali jenazah berisiko tinggi.
 ??  ?? SAFREE memberi penjelasan berhubung langkah perlindung­an yang perlu ketika membersihk­an jenazah melalui patung jenazah.
SAFREE memberi penjelasan berhubung langkah perlindung­an yang perlu ketika membersihk­an jenazah melalui patung jenazah.
 ??  ?? PESERTA kursus dilengkapi alat perlindung­an sepanjang proses mandian dan pembersiha­n jenazah.
PESERTA kursus dilengkapi alat perlindung­an sepanjang proses mandian dan pembersiha­n jenazah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia