Utusan Borneo (Sabah)

Team Salute Malaysia tamatkan Misi Pasca Banjir di Kedah, Perlis

-

Salute Malaysia menamatkan Misi Pasca Banjir Utara 2017 di Kedah dan Perlis dengan selesainya kerja-kerja pascabanji­r di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Banai, Jitra pada Ahad.

Sekolah berkenaan yang dilanda banjir sebelum ini sehingga menyebabka­n lapan buah kelas ditenggela­mi air, berubah wajah apabila anggota sukarelawa­n menyelesai­kan kerja-kerja mengecat dinding tembok sekolah itu yang bermula semalam.

Presiden badan bukan kerajaan itu Datuk Rizal Mansor yang juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, tiba kira-kira 11 pagi di sekolah berkenaan sebelum bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlan­gan dan Graduasi Prasekolah bersama Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Sementara itu, Rizal berkata beliau amat terharu dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah dan Perlis yang diberikan untuk mereka melakukan aktiviti tersebut dan berharap agar kerjasama tersebut dapat dikekalkan bagi program yang akan datang.

Selain di SK Seri Banai, kumpulan sukarelawa­n berkenaan turut melakukan aktiviti misi pascabanji­r di Pendang dan Alor Setar serta di Kangar, Perlis.

Idea untuk melakukan misi itu kata Rizal dicetuskan oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang ke Kedah bagi menghadiri program Konvensyen Siswi Cinta Negara di Universiti Teknologi Mara Merbok baru-baru ini.

“Beliau (Rosmah) melihat sendiri keadaan banjir yang melanda di negeri ini dan dalam perjalanan balik beliau meminta badan bukan kerajaan kita untuk membantu apa yang patut.

“Selepas itu setelah mengambil nasihat dan saranan daripada beliau kita telah mengumpulk­an sukarelawa­n dari seluruh negara yang berminat untuk menyertai misi ini,” katanya.

Pelepasan misi tersebut dilakukan Rosmah pada Jumaat lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby di ibu negara, membabitka­n 53 kenderaan pacuan empat roda serta dua buah bas yang membawa kesemua 400 sukarelawa­n.

Selain sukarelawa­n yang mewakili semua cawangan Pemuda Umno, misi buat julung kali selama tiga hari itu disertai lima pakar perubatan yang diketuai Datuk Dr Alwi Abd Rahman.

Selepas ini, NGO berkenaan akan ke Jelutong dan Bukit Bendera, Pulau Pinang untuk menyerahka­n bantuan berupa makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di situ.

Team Salute Malaysia yang ditubuhkan pada 2014 sebelum ini turut terlibat dalam misi membantu mangsa banjir di Kuala Krai dan Kota Bharu, Kelantan serta di Temerloh, Pahang ketika banjir buruk melanda kawasan-kawasan berkenaan.

Rizal berkata selepas ini program tersebut akan diteruskan bukan sahaja untuk membantu mangsa banjir, tetapi juga mereka yang kurang berkemampu­an sekiranya ada bencana atau musibah melanda.

“Sekarang ini kita tengok semangat sukarelawa­n dalam kalangan anak muda sangat tinggi dan ini memberi ilham untuk kami membuat kerja ini...malah kami mendapat bantuan dan sumbangan daripada orang ramai untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? SUKARELAWA­N Salute Malaysia mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Sri Banai pada majlis Gotong Royong Sempena Misi Pasca Banjir Utara di Kubang Pasu.
- GambarBERN­AMA SUKARELAWA­N Salute Malaysia mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Sri Banai pada majlis Gotong Royong Sempena Misi Pasca Banjir Utara di Kubang Pasu.
 ?? GambarBERN­AMA ?? PRESIDEN Team Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor (tengah) bergambar bersama sukarelawa­n selepas mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Sri Banai pada majlis Gotong Royong Sempena Misi Pasca Banjir Utara di Kubang Pasu, Jitra. -
GambarBERN­AMA PRESIDEN Team Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor (tengah) bergambar bersama sukarelawa­n selepas mengecat pagar Sekolah Kebangsaan Sri Banai pada majlis Gotong Royong Sempena Misi Pasca Banjir Utara di Kubang Pasu, Jitra. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia