Utusan Borneo (Sabah)

Usaha naikkan imej Keningau

100 belia tempatan sertai Eksplorasi Gua Laing

- Oleh JOHAN AZIZ

Ketua Pemuda Umno Keningau

KENINGAU: Seramai 100 belia di daerah ini telah menyertai Eksplorasi Gua Laing, Program Kemasyarak­atan dan Kesukarela­waan Cinta Alam pada Sabtu.

Program itu adalah anjuran Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Daerah Keningau melalui Unit Pembanguna­n Sosial dan Perpaduan Belia barsama Pemuda Umno Keningau.

Ia telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi.

Dalam ucapannya, beliau berkata program yang dirancang oleh belia di daerah ini telah mencapai matlamat dengan begitu cemerlang.

Apa yang dibuat katanya, dirancang dan dilaksanak­an bukanlah untuk atas nama peribadi, tetapi adalah atas nama seluruh belia di daerah ini.

“Itulah sumbangan kita sebagai belia untuk pembanguna­n dan menaikkan nama serta imej Daerah Keningau, tambahan lagi tahun hadapan adalah Tahun Melawat Keningau.

“Program ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk persiapan awal sempena sambutan Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

Nazri berharap agar ketuaketua belia yang menyertai program itu dapat merancang program untuk kebaikan serta kemajuan belia, dan pergerakan Pemuda Umno sentiasa memberikan kerjasama yang jitu kepada belia di daerah ini.

Beliau memberi jaminan bahawa Pemuda Umno akan mencuba membantu belia melalui program yang dirancang pada masa akan datang, terutama program yang mendapat sambutan baik dan menggalakk­an

NIK NAZRI NIK ZAWAWI

dari kalangan orang muda.

“Saya sedang merancang mengadakan pameran pertanian untuk belia kita selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani termasuk Jabatan Pertanian.

“Pada masa itu juga, kita akan menyediaka­n peluang terbaik di mana belia kita yang berminat dalam bidang pertanian boleh membantu memajukan ekonomi daerah ini,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan melalui program itu ialah bergotong royong memungut sampah dan memasang papan tanda di sepanjang perjalanan ke Gua Laing.

Selain itu, menyerahka­n buku pelawat dan catatan sejarah Gua Laing kepada Jool Ambuyungus selaku pengusaha di kawasan itu. “Lain-lain aktiviti yang dijalankan ialah menyerahka­n sijil penyertaan kepada peserta dan simbolik menanam tiang papan tanda,” katanya. Sementara itu, Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Bahagian Keningau Edwin Kihob memberitah­u program itu mendapat sambutan yang begitu menggalakk­an dari kalangan belia beliawanis di daerah ini.

Katanya, antara tujuan program adalah untuk memupuk semangat cinta alam kepada golongan belia serta masyarakat dan memupuk semangat kerjasama di antara golongan belia daerah Keningau dalam amalan bergotong-royong.

“Selain itu, program ini juga adalah bagi mengeratka­n hubungan silaturahi­m dari kalangan belia, pemimpin dan jabatan serta agensi kerajaan yang lain, di samping mempromosi­kan Tahun Melawat Keningau 2018,” katanya.

Edwin berkata, program itu juga memupuk kesedaran supaya lebih bertangung­jawab dalam menjaga kebersihan kawasan luar dan dalam Gua Liang.

Katanya, ia termasukla­h tidak menconteng dan merosakan bagi mengekalka­n alam semulajadi dan bentuk asal gua agar dapat terpelihar­a untuk generasi akan datang.

Program itu turut disertai oleh Pegawai Jabatan Penerangan Daerah Hendry Nurdin, Ketua Unit Pembanguna­n Sosial dan Perpaduan Belia Keningau Sylvester Pilol dan Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Persekutua­n Keningau Saupian.

Program ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk persiapan awal sempena sambutan Tahun Melawat Keningau 2018.

 ??  ?? PARA belia serta Nazri, Edwin dan pegawai kerajaan lain bergambar ramai selepas melakukan kerja kemasyarak­atan di sepanjang perjalanan ke Gua Laing.
PARA belia serta Nazri, Edwin dan pegawai kerajaan lain bergambar ramai selepas melakukan kerja kemasyarak­atan di sepanjang perjalanan ke Gua Laing.
 ??  ?? NAZRI melakukan kerja menyimbah simen pada tiang papan tanda sambil diperhatik­an oleh anggota eksplorasi yang lain.
NAZRI melakukan kerja menyimbah simen pada tiang papan tanda sambil diperhatik­an oleh anggota eksplorasi yang lain.
 ??  ?? ROMBONGAN belia bergambar kenangan sebelum memulakan aktiviti kemasyarak­atan dan kesukarela­wan.
ROMBONGAN belia bergambar kenangan sebelum memulakan aktiviti kemasyarak­atan dan kesukarela­wan.
 ??  ?? EDWIN (enam kanan) menyerahka­n buku pelawat dan catatan sejarah kepada Jool. Turut kelihatan Nazri (tujuh kanan) dan anggota serta pemimpin belia lain.
EDWIN (enam kanan) menyerahka­n buku pelawat dan catatan sejarah kepada Jool. Turut kelihatan Nazri (tujuh kanan) dan anggota serta pemimpin belia lain.
 ??  ?? EDWIN (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Nazri.
EDWIN (tiga kiri) menyampaik­an cendera kenangan kepada Nazri.
 ??  ?? NAZRI bersama Hendry dan pemimpin belia lain merasa lega selepas melakukan kerja kemasyarak­atan di sepanjang perjalanan ke Gua Laing.
NAZRI bersama Hendry dan pemimpin belia lain merasa lega selepas melakukan kerja kemasyarak­atan di sepanjang perjalanan ke Gua Laing.
 ??  ?? EDWIN (depan) bersama Nazri berjalan kaki menuju ke Gua Laing.
EDWIN (depan) bersama Nazri berjalan kaki menuju ke Gua Laing.
 ??  ?? ANGGOTA eksplorasi ketika berada di dalam Gua Laing. Turut kelihatan Nazri (dua kanan) dan Hendry (kiri).
ANGGOTA eksplorasi ketika berada di dalam Gua Laing. Turut kelihatan Nazri (dua kanan) dan Hendry (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia