Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan Watan dan Cenderawas­ih johan Bermukun BAF

-

DUA kumpulan bermukun dari Wilayah Persekutua­n Labuan iaitu Watan dan Wais Basinau Galiga, masing-masing muncul johan dan naib johan dalam Pertanding­an Bermukun Empat Sekumpulan Bawah 18 Tahun sempena Borneo Arts Festival (BAF) 2017 di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, malam Ahad.

Kumpulan Cabik Gronong dari Miri menduduki tempat ketiga.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kategori itu menerima wang tunai sebanyak RM3,000, RM2,000 dan RM800.

Bagi kategori dewasa (batupa), johan menjadi milik kumpulan bermukun dari Miri iaitu Cenderawas­ih manakala tempat kedua dan ketiga pula dimenangi oleh kumpulan Cucu Cicit Dayang Kabong dari Mukah dan kumpulan Seroja dari Limbang.

Ketiga-tiga pemenang menerima hadiah wang tunai RM5,000, RM2,500 dan RM1,000.

Kumpulan Watan turut membawa balik anugerah Pemantun Terbaik dan Dang Gandang Terbaik Borneo untuk kategori bawah 18 tahun.

Anugerah Busana Terbaik dan Penandak Terbaik bagi kategori 18 tahun dimenangi Cabik Gronong.

Bagi kategori dewasa pula, kumpulan Cenderawas­ih menerima gelaran Pemantun Terbaik dan Dang Gandang Terbaik Borneo.

Kumpulan dari Labuan iaitu Kumala menerima gelaran Busana Terbaik manakala Penandak Terbaik dimenangi oleh kumpulan Cucu Cicit Dayang Kabong dalam kategori dewasa.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan Datuk Khalid A Ghani.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Azhar Ahmad, Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Perbandara­n Datuk Othman Che Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Mahathir Abdul Hamid.

 ??  ?? KHALID (belakang, tiga kanan), Azhar (tiga kiri), Othman (dua kiri) dan Mahathir (kiri) bergambar bersama Kumpulan Watan yang menjuarai Pertanding­an Bermukun Bawah 18 tahun.
KHALID (belakang, tiga kanan), Azhar (tiga kiri), Othman (dua kiri) dan Mahathir (kiri) bergambar bersama Kumpulan Watan yang menjuarai Pertanding­an Bermukun Bawah 18 tahun.
 ??  ?? KUMPULAN Cenderawas­ih dari Miri johan kategori dewasa.
KUMPULAN Cenderawas­ih dari Miri johan kategori dewasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia