Utusan Borneo (Sabah)

Kukuhkan ketahanan siber untuk hadapi cabaran 4IR

-

CYBERJAYA: Keselamata­n siber adalah perkara penting yang perlu diperkukuh dalam era Revolusi Perindustr­ian Keempat (4IR), kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

Selain berpotensi untuk memperkasa, mentransfo­rmasi dan menyelaras­kan semula individu serta komuniti kerana ia mewujudkan peluang baharu untuk pembanguna­n ekonomi, sosial dan peribadi, 4IR mempunyai cabarannya tersendiri dari segi keselamata­n siber, katanya.

“Disokong oleh kemajuan pesat teknologi termasuk kecerdasan buatan, robotik, Internet of Things, teknologi nano dan bioteknolo­gi, tiada keraguan lagi bahawa 4IR berpotensi memperkasa seluruh sektor dan memberi kesan kepada semua disiplin, ekonomi dan industri.

“Bagaimanap­un, seperti mana-mana transforma­si, apabila kita memasuki Revolusi Perindustr­ian Keempat kita perlu lebih berwaspada dengan kenyataan bahawa transforma­si ini tidak (akan berlaku) tanpa cabarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaann­ya di Forum Tadbir Urus Internet Malaysia ke-2 (MYIGF) di sini, Rabu. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementeria­n Pendidikan Tinggi Datuk Kamel Mohamad.

Forum MYIGF yang dianjurkan oleh Universiti Utara Malaysia, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta CyberSecur­ity Malaysia bertujuan untuk meneroka isu dasar awam yang berkaitan dengan urus tadbir Internet yang memfokuska­n kepada ekonomi digital.

Noorul Ainur berkata kegagalan teknikal dan serangan yang berniat jahat berlaku pada masa yang semakin membimbang­kan dan terus meningkat, justeru tindak balas yang tidak mencukupi terhadap insiden ini akan menyebabka­n pelanggan hilang kepercayaa­n, perniagaan kerugian wang malah keselamata­n negara juga dipertaruh­kan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia