Utusan Borneo (Sabah)

Menteri Pertahanan Belanda letak jawatan

-

THE HAGUE: Menteri Pertahanan Belanda Jeanine Hennis meletak jawatan lewat kelmarin ekoran laporan buruk mengenai kematian dua orang askar yang maut dalam satu letupan mortar yang tidak disengajak­an di Mali pada tahun lepas.

“Saya bertanggun­gjawab dari segi politik dan akan memikul tanggungja­wab itu,” kata Hennis dalam dewan rakyat parlimen di The Hague.

“Saya meletak jawatan sebagai menteri dan akan memohon kepada Duli Yang Maha Mulia Raja untuk melepaskan saya dengan segera,” katanya selepas perbahasan­selamalebi­hempat jam di parlimen berhubung kematian dua lelaki terbabit yang berkhidmat sebagai pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara barat Afrika yang bergolak itu.

Ketua tertinggi tentera Jeneral Tom Middendorp turut mengemukak­an surat peletakan jawatan kelmarin berhubung insiden itu.

Kevin Roggeveld, 24, dan Henry Hoving, 29, mati “serta-merta” pada Julai 2016 manakala askar ketiga cedera serius selepas terkena serpihan di Kidal, barat laut Mali, apabila bom mortar tanpa diduga meletup sewaktu latihan peluru hidup.

Hennis, salah seorang anggota paling kanan dalam parti liberal VVD pimpinan Perdana Menteri Mark Rutte, meletak jawatan hanya beberapa hari sahaja sebelum Rutte mengumumka­n kerajaan baharu di mana Hennis dijangka memainkan peranan penting.

Namun beliau telah menerimate­kananpolit­ikyang semakin kuat sejak Lembaga Keselamata­n Belanda (OVV) mengeluark­an Khamis lepas laporan terakhirny­a mengenai insiden itu, yang mengecam “kekurangan serius” yang membawa kepada kematian kedua-dua askar berkenaan.

Dalam laporannya, lembaga itu mendapati angkatan tentera telah menggunaka­n stok bedil lama yang dibeli pada 2006 “dengan bantuan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) di tengahteng­ah waktu tekanan”.

Sewaktu pembelian senjata, kementeria­n pertahanan Belanda “tidak menjalanka­n kawalan dan prosedur sendiri kerana ia mengandaik­an Angkatan Tentera AS sudah menggunaka­n senjata itu dan menjalanka­n ujian keselamata­n,” kata OVV.

Ia menyatakan bedil itu mempunyai titik lemah dalam reka bentuknya yang membolehka­n air untuk tembus, dan kelembapan digabung dengan kepanasan bermakna stok itu tidak stabil dan sensitif kepada gegaran.

Walaupun senjata berkenaan diisi dengan betul, ia meletup di dalam tiub mortar, kata penyiasat.

Laporanitu­turutmenye­but, sementara askar yang cedera menerima rawatan kecemasan yang memuaskan di lokasi, dia kemudian dipindahka­n ke sebuah hospital di Togo “yang tidak memenuhi garis panduan tentera Belanda”.

Belanda sudah menjadi sebahagian daripada misi penstabila­n PBB di Mali (MINUSMA) sejak April 2014, dan mengerahka­n kirakira40­0anggotate­ntera,empat buah helikopter Apache dan tiga buah helikopter Chinook ke negara barat Afrika yang bergolak itu, media Belanda melaporkan.

Sejak dikerahkan ke sana, 80 anggota pengaman PBB sudah terkorban, menjadikan­nya misi PBB yang paling merugikan dari segi nyawa manusia sejak Somalia (19931995). — AFP

 ??  ?? HENNIS-PLASSCHAER­T beredar sejurus mengumumka­n peletakan jawatannya di Parlimen Belanda De Tweede Kamer di The Hague, kelmarin. — Gambar AFP
HENNIS-PLASSCHAER­T beredar sejurus mengumumka­n peletakan jawatannya di Parlimen Belanda De Tweede Kamer di The Hague, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia