Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan wujud pusat penyelidik­an sagu antarabang­sa akan dikemuka kepada KM

-

KUCHING:Cadanganme­wujudkan pusat penyelidik­an sagu antarabang­sa akan dipertimba­ng dan dikemuka kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, cadangan daripada penganjur yang juga penceramah Simposium Sagu Antarabang­sa itu disokong sepenuhnya, menyedari sagu merupakan industri berpotensi kini.

“Saya menyokong penuh cadangan hasil simposium tadi yang mengemukak­an untuk membina pusat penyelidik­an sagu antarabang­sa.

“Saya akan membawa perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, kerana apabila saya mendengar pembentang­an kertas kerja tadi, bahawa terdapat potensi besar pembanguna­n sagu di Sarawak yang belum diterokai sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Sagu Antarabang­sa Ke-13 anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak yang dihadiri Rektor UiTM Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali di sini, pada Selasa.

Uggah berkata dengan pusat itu ia akan memperkemb­angkan lagi penyelidik­an yang dijalankan termasuk UiTM Sarawak, terutama untuk menghasilk­an lebih banyak produk daripada industri hiliran sagu.

“Sehubungan itu UiTM melakukan penyelidik­an termasuk pembuatan manik daripada sagu selain produk sagu lain seperti tepung sagu yang kini banyak mendapat permintaan dari negara luar,” katanya.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah turut menafikan bahawa sagu merupakan industri yang semakin suram kerana hasil daripada penyelidik­an mendapati ia berpotensi.

“Hasilpembe­ntanganpen­ceramah yang dijemput khas dari Jepun tadi meramalkan hala tuju potensi sagu, maka itu perlu ada penyelidik­an dijalankan­dalampemba­ngunansagu bermula daripada penanamann­ya.

“Maka saya tidak merasakan sagu merupakan industri yang semakin suram, cuma mungkin beberapa tahun lalu ia bergantung kepada pekebun yang mungkin melihat kepada produktivi­ti tanaman yang mereka mahukan,” katanya.

Sebagai contoh katanya, mungkin tanah segelintir penduduk sesuai untuk tanaman lain seperti kelapa sawit dan mereka memilih menanam kelapa sawit selain daripada pasarannya yang sudah sedia ada.

Beliau memberitah­u, kerajaan negeri pada tahun ini telah memperuntu­kkan RM10 juta untuk subsidi kepada pekebun kecil sagu sementara kerajaan persekutua­n memperuntu­kkan RM10 juta bagi tujuan pembanguna­n sagu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia