Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja kecemasan Mexico temui mangsa terakhir gempa bumi

-

KOTA MEXICO: Pekerja kecemasan mengeluark­an mayat mangsa terakhir kelmarin dari runtuhan gempa bumi di Mexico pada 19 September lalu, kata pegawai, ketika negara itu meng-alih tumpuan kepada usaha membina semula ekoran bencana yang meragut lebih 360 nyawa.

Selepas mencari selama 15 hari, pekerja menjumpai mayat mangsa terakhir di bawah timbunan runtuhan yang ditinggalk­an oleh kemusnahan sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat dalam daerah Roma yang teruk terjejas di Kota Mexico, tweet pegawai kementeria­n dalam negeri yang menyelia usaha, Timbalan Setiausaha Hak Asasi Manusia Roberto Campa.

“Berdasarka­n senarai yang dikemukaka­n oleh anggota keluarga dan laporan saksi oleh orang yang bekerja (dalam bangunan yang runtuh), selain keterangan rakan dan lainlain, kita tidak lagi menjangka untuk menemui orang lain,” kata Datuk Bandar Kota Mexico Angel Mancera dalam satu temu ramah TV.

Presiden Enrique Pena Nieto berkata negara itu kini fokus kepada usaha membina semula selepas gempa itu dan satu lagi gempa pada 7 September lalu yang sama-sama menyebabka­n kerosakan yang dianggarka­n bernilai AS$2 bilion (RM8.6 bilion).

“Usaha mencari dan menyelamat sudah berakhir,” katanyapad­amesyuarat­kabinet yang disiarkan menerusi televisyen. “Sekarang kita beralih kepada usaha membina semula.”— AFP

 ??  ?? SEBAHAGIAN dokumen yang berjaya dirampas semasa operasi di Batu 7 Pangiran Galpam Jalan Labuk Sandakan pada pagi Rabu.
SEBAHAGIAN dokumen yang berjaya dirampas semasa operasi di Batu 7 Pangiran Galpam Jalan Labuk Sandakan pada pagi Rabu.
 ??  ?? TIGA MyKad palsu yang dirampas semasa Ops Serkap.
TIGA MyKad palsu yang dirampas semasa Ops Serkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia