Utusan Borneo (Sabah)

Siasatan penyelewen­gan dana KKLW telus: Ahmad Zahid

Najib tiba di Brunei

- -Bernama

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Brunei Darussalam bagi menghadiri majlis santapan diraja bersempena sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke50 Pemerintah­an Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di sini, malam Jumaat.

Pesawat yang membawa beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei kira-kira 12 tengah hari Jumaat.

Antara yang menyambut ketibaan mereka ialah Menteri Pendidikan Brunei Pehin Suyoi Osman dan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Brunei Datuk Ghulam Jelani Khanizaman.

Sejurus tiba, Najib terus ke Masjid As-shaliheen di sini untuk menunaikan solat Jumaat.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V serta Raja-raja Melayu turut dijadualka­n menghadiri santapan diraja itu.

Sementara itu, suasana di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei ketika ini agak sibuk dengan ketibaan pesawat yang membawa ketua-ketua negara dan kerajaan asing termasuk pemimpin-pemimpin dari Asia Tenggara dan keluarga diraja Asia Barat yang dijemput menghadiri majlis itu.

Antara pemimpin dari Asia Tenggara yang dijangka hadir ialah Presiden Indonesia Joko Widodo, pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong serta Perdana Menteri Thailand General Prayut Cha-O-Cha.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) menegaskan siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewen­gan dana lebih RM100 juta untuk program rakyat miskin adalah telus dan tidak melibatkan unsur politik.

Beliau juga meminta agar SPRM diberi peluang menyiasat kes itu.

“Dalam hal ini saya cukup yakin ia telus, bukan berunsur politik. Kita boleh beri kebolehper­cayaan yang tinggi kepada SPRM, terutama dalam menentukan projek untuk rakyat dinikmati oleh rakyat, bukan tercicir di tengah jalan atau berlaku ketirisan disebabkan beberapa orang yang mempunyai agenda sendiri yang tidak menterjema­hkan agenda kerajaan persekutua­n ke kawasan luar bandar, terutama di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Ahmad Zahid yang ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pembanguna­n Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan ke-10.

Beliau mengulas laporan media yang menyebut SPRM menyiasat kes penyelewen­gan dana untuk projek kebajikan rakyat miskin oleh pegawai Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang bersekongk­ol dengan 10 syarikat.

Turut dilaporkan SPRM menahan tiga individu termasuk seorang pemimpin parti pembangkan­g di Sabah bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata beliau amat menghargai komitmen Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM bagi melancarka­n siasatan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang turut hadir pada sidang media tersebut meminta masyarakat agar menunggu siasatan SPRM selesai bagi mengetahui jumlah sebenar dana yang diseleweng­kan.

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB disambut oleh pegawai dan kakitangan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei pada Jumaat.
GambarBern­ama NAJIB disambut oleh pegawai dan kakitangan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam setibanya di Lapangan Terbang Antarabang­sa Brunei pada Jumaat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia