Utusan Borneo (Sabah)

Dua peniaga didenda, simpan rokok dan minuman keras tanpa cukai

Simpan rokok dan minuman keras tanpa cukai

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua peniaga dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas kesalahan menyimpan pelbagai minuman keras dan rokok tanpa cukai.

Majistret Afiq Agoes menjatuhka­n hukuman itu terhadap Basheer Ahamed Abdul Rahman, 33, dan Regina Joseph Wong, 55, selepas mengaku bersalah.

Pada 21 September jam 1 petang di kedai runcit Rechai, Kampung Kionsom, Inanam, di sini, Regina didapati menyimpan sebanyak 108 tin minuman keras tanpa cukai berjumlah RM247.32.

Manakala, Basheer menyimpan sebanyak 103 bungkus rokok tanpa cukai yang bernilai RM142.80, pada 4 Oktober jam 7.55 petang, di sebuah kedai runcit di Sembulan, di sini.

Mahkamah mengenakan denda sebanyak RM2,473.20 terhadap Regina, manakala Basheer didenda RM1,248 yang disabitkan mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1976 yang dihukum mengikut Seksyen 135 (1) (iii)(aa) akta sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Jika gagal membayar denda berkenaan, mahkamah memerintah­kan mereka dikenakan penjara selama tempoh lapan bulan.

Semasa rayuan, keduadua tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan menyatakan perlu menanggung keluarga.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kastam.

“Hukuman yang diperuntuk­kan, denda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai barang dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai atau penjara selama tempoh tiga tahun, atau ” kedua-duanya sekali.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia