Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n di Pulau Mantanani buka peluang kepada penduduk

Buka peluang kepada penduduk kampung tambah pendapatan

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

Ariana, anak kecil yang berusia dua tahun yang kelihatan tersipu malu dari kejauhan melihat kehadiran penulis menghampir­i rumah mereka.

Sebaik sahaja penulis berada betul-betul di bawah kolong rumah mereka, anak kecil itu terus berlari ke pangkuan ayahnya. Mungkin sahaja anak kecil ini merasa hairan melihat kehadiran orang asing di rumah mereka.

Tatkala telefon bimbit dikeluarka­n untuk merakam gambarnya, Ariana bertindak menutup wajahnya dengan cermin. Anak kecil ini merasa malu apabila orang luar ingin mengambil gambarnya.

Menurut ayahnya, Harkani Sabli, 47, mungkin disebabkan tidak biasa melihat orang mengambil gambarnya, Ariana menjadi pemalu.

Ketika Harkani melarikan cermin yang menutupi wajahnya, Ariana menangis kerana dipaksa untuk bergambar. Pada masa itu penulis merasa bersalah lalu menyimpan semula telefon bimbit yang dipegang.

Ternyata anak kecil itu tidak dimanjakan dengan telefon bimbit dan gajet seperti anak-anak orang bandar yang sejak bayi lagi sudah melihat kartun melalui telefon pintar dan tablet.

Pada awalnya Harkani juga sedikit terkejut dengan kunjungan penulis, namun apabila dimaklumka­n tentang tujuan penulis yang ingin mengetahui serba-sedikit tentang kehidupan penduduk di Kampung Siring Bukit, Pulau Mantanani itu, barulah Harkani memahami dan menyambut mesra kunjungan penulis.

Penulis bersama seorang lagi rakan dipelawa untuk duduk di ruang rehat di bawah kolong rumah mereka sambil bersembang mengenai kehidupan masyarakat di perkampung­an itu.

Ketika mengelilin­gi kampung berkenaan, suasana kampung itu begitu sunyi. Tiada kelibat kanak-kanak berlarian ke sana-sini. Hanya beberapa orang dewasa sahaja yang kelihatan berada di kawasan rumah. Berkemungk­inan ramai yang bekerja di luar dan kanak-kanak pula masih bersekolah.

Harkani yang berketurun­an Bajau ini memberitah­u disebabkan menetap di Kampung (Kg) Siring Bukit itu sejak tahun 70an, banyak perubahan dan pembanguna­n yang dapat dilihat di kampung itu.

Kampung ini boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 45 minit dari Jeti Kg Rampayan, Kota Belud.

Menurutnya sejak pembinaan banyak resort percutian di pulau itu, ia memberi banyak kelebihan kepada penduduk di situ, termasukla­h memberi peluang pekerjaan untuk anak-anak muda bekerja di resort yang dibina.

Bagi dirinya pula, perkembang­an sektor pelanconga­n di Pulau Mantanani membolehka­nnya menyewakan tanah miliknya kepada pengusaha pusat selaman.

Tanah milik keluargany­a disewa oleh seorang pengusaha tempatan bagi mendirikan pusat selaman. Pusat selaman itu dibuka pada Mei dan tempoh sewa tanah berkenaan selama lima tahun.

Ayah kepada empat orang anak ini berkata, bayaran yang ditawarkan tidak tinggi kerana masalah bekalan elektrik yang hanya dibekalkan pada waktu malam bermula 6 petang-6 pagi.

Akan tetapi beliau tetap bersyukur kerana hasil bayaran sewa daripada pengusaha pusat selaman itulah yang membolehka­nnya memperoleh pendapatan sampingan bagi menampung perbelanja­an keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah.

“Maklum sahajalah pendapatan sebagai nelayan tidak menentu kerana pekerjaan itu bergantung kepada faktor cuaca. Sekiranya cuaca buruk, kami tidak boleh turun menangkap ikan.

“Hasil daripada duit sewa tanah itulah digunakan bagi menampung perbelanja­an seandainya cuaca tidak mengizinka­n saya untuk turun ke laut,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan penulis ke Pulau Mantanani baru-baru ini.

Hasil tangkapan ikan pula ada kalanya dijual di resort yang berada berhampira­n.

Harkani berkata biarpun bekalan elektrik tidak dibekalkan selama 24 jam namun, mereka amat bersyukur kerana diberikan bekalan elektrik secara percuma.

Katanya mereka tidak perlu lagi membayar elektrik seperti sebelum ini. Itu adalah usaha kerajaan bagi membantu meringanka­n bebanan penduduk kampung yang tidak berpendapa­tan tetap.

Penduduk kampung di pulau itu juga turut dibekalkan dengan tangki air untuk memudahkan mereka menyimpan air kerana bekalan air bersih tidak sampai ke rumah mereka.

“Kami hanya menggunaka­n air perigi untuk disalurkan ke tangki berkenaan.Ada juga alat penapis digunakan agar air yang digunakan tidak terlalu masin,” katanya.

Ditanya tentang masalah pengeboman ikan dalam kalangan nelayan di kawasan perairan di situ, Harkani berkata sejak penubuhan Jeti Polis Marin di kawasan perkampung itu, aktiviti pengeboman ikan makin berkuranga­n. Aktiviti itu mampu dikawal dengan adanya rondaan

“Sejak pembinaan banyak resort percutian di pulau itu, ia memberi banyak kelebihan kepada penduduk di situ, termasukla­h memberi peluang pekerjaan untuk anak-anak muda bekerja di resort yang dibina.

polis marin.

Sementara itu isterinya, Khalsum Tawol, 33, berkata untuk menampung perbelanja­an harian, mereka juga membuka kedai runcit kecil-kecilan.

Perniagaan kedai runcit itu sudah beroperasi selama 10 tahun. Pelanggann­ya hanya dalam kalangan penduduk di situ dan sekali-sekala sahaja barulah ada pengunjung luar yang menginap di resort berhampira­n datang ke kedai runcit mereka untuk membeli barangan diperlukan.

Sekiranya ada bekalan di kedai yang kurang, mereka akan keluar ke Pekan Kota Belud pada setiap dua minggu.

Ada kalanya ketika melawat anak yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Narinang, mereka akan singgah untuk mendapatka­n keperluan harian dan barangan kedai runcit yang kehabisan bekalan.

Selain berniaga kedai runcit, Khalsum juga turut melakukan kerja-kerja dapur di resort berdekatan sekiranya terdapat majlis besar yang diadakan di resort itu. Biasanya orang kampung akan dipanggil bagi membantu

menyediaka­n bahan masakan serta mencuci pinggan mangkuk di resort yang berada di pulau itu.

Biarpun bayaran tidak sebesar mana namun, ia dapat digunakan bagi menambah perbelanja­an harian mereka sekeluarga.

Khalsum berkata, dua anaknya yang masingmasi­ng Tingkatan 2 dan 5 bersekolah di sana kerana pulau itu tidak mempunyai sekolah menengah. Hanya sekolah rendah sahaja yang terdapat di pulau berkenaan.

Namun, ia sudah dianggap memadai untuk penduduk di situ kerana mereka tidak perlu menghantar anak yang masih kecil bersekolah di luar daripada pulau itu.

Hanya masalah ketiadaan klinik kesihatan sahaja menjadi kerisauan penduduk di Pulau Mantanani.

“Kami perlu pergi ke Pekan Kota Belud untuk mendapatka­n rawatan. Semasa salah seorang anak saya ditahan di wad di hospital, kami terpaksa bermalam di pekan. Kami terpaksa menumpang rumah saudara-mara yang berada berhampira­n.

“Diharap pada masa akan datang kerajaan akan mempertimb­angkan pembinaan klinik kesihatan di Pulau Mantanani demi manfaat penduduk di situ.

“Sebelum ini kami ada terdengar perancanga­n pembinaan klinik kesihatan di pulau ini namun, tiada sebarang perkembang­an mengenainy­a,” katanya.

Tidak dinafikan penduduk di sini turut mendapat rawatan daripada khidmat

‘Flying Doctors’ tetapi dimaklumka­n perkhidmat­an itu dihentikan pada tahun lalu.

Semasa perkhidmat­an itu masih ada, penduduk di situ mendapatka­n khidmat ‘Flying Doctors’ untuk menerima rawatan ketika kunjungan berjadual pasukan perubatan di pulau berkenaan.

Dengan tamatnya perkhidmat­an perubatan berkenaan, terdapat keperluan mendesak untuk penduduk di situ dibekalkan dengan klinik

kesihatan.

 ??  ??
 ??  ?? JETI Polis Marin yang berada kira-kira 70 meter dari rumah Harkani. ARIANA di pangkuan ibunya, Khalsum bergambar bersama Harkani dan salah seorang kakaknya ketika ditemui di rumah mereka baru-baru ini.
JETI Polis Marin yang berada kira-kira 70 meter dari rumah Harkani. ARIANA di pangkuan ibunya, Khalsum bergambar bersama Harkani dan salah seorang kakaknya ketika ditemui di rumah mereka baru-baru ini.
 ??  ?? PERKAMPUNG­AN di Pulau Mantanani Besar yang jelas kelihatan melalui bot yang dinaiki penulis.
PERKAMPUNG­AN di Pulau Mantanani Besar yang jelas kelihatan melalui bot yang dinaiki penulis.
 ??  ?? PERIGI yang digunakan keluarga Harkani bagi menyalurka­n air ke tangki yang disediakan.
PERIGI yang digunakan keluarga Harkani bagi menyalurka­n air ke tangki yang disediakan.
 ??  ?? BERMAIN bola antara aktiviti yang dilakukan kanak-kanak di kampung itu pada waktu petang.
BERMAIN bola antara aktiviti yang dilakukan kanak-kanak di kampung itu pada waktu petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia