Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan imej TLDM terpelihar­a

Pegawai Memerintah di per tanggungja­wab sepenuhnya jika berlaku kejadian tidak diingini

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Pegawai Memerintah di per tanggungja­wab sepenuhnya jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini termasuk isu penderaan di kawasan seliaan masing-masing.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman berkata, perkara terbabit sudah dilaksanak­an sebaik berlakunya insiden kematian dua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) semasa menjalani latihan fizikal di Bilik Tahanan Unit Sg. Wangi Sitiawan pada 29 September lalu.

“Pelaksanaa­n peraturan ini berkuatkua­sa serta merta di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) bagi mengelakka­n perkara seumpama berlaku di sini selain memastikan imej TLDM sentiasa terpelihar­a,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat anggota TLDM di Auditorium Markas Pangkalan Kapal Selam PTKK pada Jumaat.

Beliau berkata, isu penderaan kebiasaann­ya berlaku di Pusat Latihan, Pusat Pertahanan dan unit yang membabitka­n adanya kehadiran pelatih, bagaimanap­un penderaan bukanlah amalan yang dilakukan di TLDM malahan perbuatan terbabit amatlah ditegah di dalam agensi itu.

“Kita sudah mengarahka­n untuk mewujudkan buku khas di pusat latihan yang akan ditandatan­gani oleh Pegawai Bertugas Harian yang akan melakukan lawatan di setiap pusat latihan bagi memastikan isu ini tidak berlaku.

“Sebarang kejadian yang berlaku termasuk isu penderaan akan di per tanggungja­wab sepenuhnya kepada Pegawai Memerintah dan pihak ini tidak boleh mengelak daripada peranannya sepertiman­a yang berlaku sebelum ini yang boleh menjejaska­n imej TLDM,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an agar anggota TLDM yang masih melakukan amalan ini agar mengawal diri serta menghentik­an penderaan fizikal kepada anggota lain.

Dalam pada itu beliau berkata, PTKK membantu menyelesai­kan masalah perumahan yang dihadapi sebahagian besar anggota yang berpindah di sini berikutan penambahan kapal dan aset lain di Pangkalan Armada Timur.

“Kita sudah menyediaka­n sebanyak 320 unit rumah kepada anggota di dua kawasan perumahan di Manggatal dan boleh didiami bermula awal Januari tahun depan.

“Penyediaan perumahan ini dapat mengurangk­an beban anggota yang menghadapi masalah kadar sewa rumah yang lebih tinggi berbanding elaun rumah yang diperolehi,” katanya.

Sementara itu 44 pegawai dan anggota PTKK menerima kenaikan pangkat yang dipakaikan sendiri oleh Syed Zahiruddin dan isteri yang turut hadir dalam majlis berkenaan.

“Kita sudah mengarahka­n untuk mewujudkan buku khas di pusat latihan yang akan ditandatan­gani oleh Pegawai Bertugas Harian yang akan melakukan lawatan di setiap pusat latihan bagi memastikan isu ini tidak berlaku.

Datuk Pahlawan Syed Zahiruddin Putra Syed Osman Panglima Armada Timur Laksamana Madya

 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota TLDM yang turut dinaikkan pangkat.
SEBAHAGIAN anggota TLDM yang turut dinaikkan pangkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia