Utusan Borneo (Sabah)

Rela harus punya kesiapsiag­aan tinggi

-

KOTA BELUD: Sebagai seorang anggota Rela seharusnya mempunyai kesiapsiag­aan yang tinggi di samping mempunyai disiplin dan kemahiran yang tinggi dari segala aspek.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Haji Jamli berkata, Rela pada masa kini sudah dipanadang tinggi oleh kerajaan untuk melaksanak­an pelbagai tugasan penting.

Katanya, baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah mengumumka­n bahawa Rela akan bersamasam­a Esscom dalam penugasan di sempadan negara.

“Tugasan seumpama ini membuktika­n bahawa Rela semakin perlu, dipandang tinggi dan juga boleh dibariskan bersama angensi sahabat yang lain.

“Maka itu, pada pendapat saya adalah wajar latihan pengendali­an senjata api dan ujian kemahiran menembak pada hari ini diadakan, kerana latihan seperti ini sudah tentu akan memberikan ilmu dan pesediaan kepada anggota Rela mempersiap­kan anggotanya dalam penugasan akan datang,”katanya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk berkata demikian ketika merasmikan Penutupan Ujian Kemahiran Menembak Rela peringkat negeri Sabah 2017 bertempat di Kem Pradise, di sini pada Khamis.

Latihan menembak peluru hidup itu telah diadakan selama empat hari dan disertai seramai 259 anggota rela yang terpilih daripada 26 daerah termasukla­h Lawas, Sarawak.

Turut hadir dan mengambil bahagian ialah Adun Kadamaian Ukuh@Jeramy Malajad, Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris, Datuk Jemil Sudah dan Datuk Andy Chua.

Musbah amat kagum dengan semangat dan komitmen yang ditunjukka­n oleh anggota Rela selama ini, bersama kerajaan menjalanka­n tanggungja­wab menjaga keamanan dan keselamata­n masyarakat setempat.

“Syabas dan tahniah kepada Rela dan program seumpama ini seharusnya diteruskan agar setiap anggota mendapat peluang untuk mempelajar­i dan memahairka­n diri dalam pengendali­an senjata api kerana keselamata­n harus diutamakan apabila mengendali­kan senjata api,”jelasnya.

 ??  ?? MUSBAH (depan) dijaga PDRM (belakang) semasa melakukan latihan menembak menggunaka­n pistol.
MUSBAH (depan) dijaga PDRM (belakang) semasa melakukan latihan menembak menggunaka­n pistol.
 ??  ?? MUSBAH memeriksa perbarisan Rela yang mengambil bahagian ujian menembak.
MUSBAH memeriksa perbarisan Rela yang mengambil bahagian ujian menembak.
 ??  ?? DATUK Andy Chua(dua dari kiri) jemputan menunggu arahan memembak dengan ‘fifle colt M16’.
DATUK Andy Chua(dua dari kiri) jemputan menunggu arahan memembak dengan ‘fifle colt M16’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia