Utusan Borneo (Sabah)

Bentuk generasi celik al-Quran

-

TAWAU: Ibu bapa beragama Islam di negeri ini diingatkan supaya tidak leka dengan kerjaya sehingga mengabaika­n tanggungja­wab besar mereka dalam membina generasi pewaris al-Quran.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, ibu bapa bertanggun­gjawab memastikan anak-anak mereka celik al-Quran dan menghafaz surah dalam kitab suci itu sejak kecil.

Beliau berkata, kanakkanak berusia seawal empat tahun sesuai didedahkan dengan bacaan al-Quran diikuti dengan hafazan yang menjadi amalan mereka seharian.

“Dalam gelombang kesedaran Islamiah yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat, ibu bapa mempunyai alternatif untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz.

“Langkah ini dapat melahirkan generasi muda yang huffaz al-Quran dalam sebuah negara yang makmur seperti Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat DUN Tanjong Batu di Masjid Hidayatul Iman Kg. Merotai Besar, Tawau pada Khamis.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata, penganjura­n Majlis Tilawah Al-Quran tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya mempelajar­i alQuran.

“Kita harus jadikan ia bukan sekadar mencari wakil Qari dan Qariah untuk pertanding­an, tetapi dalam masa yang sama mengajak umat Islam menghayati dan seterusnya menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,’’ katanya lagi.

Jelas beliau, generasi muda yang tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna dikhuatiri mereka mudah terlibat dengan masalah sosial terutama gejala penagihan dadah.

“Kita mahu anak-anak kita ini menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan menjadi pelapis kepimpinan negara,’’ ujar beliau.

Para peserta daripada Mukim Merotai, Mukim Tg. Batu dan Mukim Kalabakan akan berentap, di mana peserta Qari dan Qariah masing-masing yang juara seterusnya mewakili Qari dan Qariah DUN N 59 Tg. Batu ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah Tawau.

Bagi Qari, johan disandang oleh Mohammad Salleh Basir Nukim dari Mukim Tanjong Batu, naib johan Roslee Samat wakil Mukim Kalabakan dan tempat ketiga Arsyad Masjidi wakil Mukim Merotai.

Bagi Qariah pula johan disandang oleh Masnia Husin dari Mukim Tanjong Batu, naib johan Sabarina Mohamad dari Mukim Kalabakan, dam tempat ketiga Rukaya Singke mewakili Mukim Merotai.

Untuk johan Qari dan Qariah membawa pulang trofi, sijil penyertaan, al Quran, wang tunai RM500, naib johan wang tunai RM400, trofi dan sjil penyertaan dan tempat ketiga wang tunai RM300, trofi dan sijil penyertaan.

Kira-kira 400 penduduk kampung menghadiri majlis tersebut. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat DUN Tanjong merupakan anjuran Unit PPM dun Tanjong Batu.

Hadir sama pengerusi pelaksana yang juga Ketua Anak Negeri A s mu ran Asnawi, Penyelaras Program KK Ustaz Abdullah Dullah daripada Mukim Tg.Batu, Embran Omar Mukim Kalabakan serta jawatankua­sa pelaksana.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA pelaksana MTQ bergambar kenangan bersama Hamisa dan juga para pemenang Qari dan Qariah.
JAWATANKUA­SA pelaksana MTQ bergambar kenangan bersama Hamisa dan juga para pemenang Qari dan Qariah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia