Utusan Borneo (Sabah)

Bersama martabatka­n Bahasa Malaysia Warga pendidik diminta sokong usaha termasuk bagi murid SJK Cina dan Tamil

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seluruh warga pendidik di semua peringkat diminta memberi dorongan dan sokongan kepada penganjura­n Pertanding­an Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia (BM) bagi murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil yang diadakan sejak 35 tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, selain memupuk minat mendalam, ia juga berperanan sebagai perangsang kepada murid pelbagai aliran meningkatk­an lagi prestasi dari aspek kefasihan pertuturan dan penulisan dalam Bahasa Malaysia.

“Pertanding­an ini juga selaras Dasar Memartabat­kan Bahasa Malaysia Memperkuku­h Bahasa Inggeris (MBMMBI) Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi negara yang dianggap agen paling efisien untuk menyatupad­ukan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Oleh itu, pertanding­an sebegini menjadi pemangkin ke arah pembudayaa­n Bahasa Malaysia yang sangat dialu alukan KP M ,” katanya berucap merasmikan Pertanding­an Syarahan dan Ujian Bertulis Bahasa Malaysia Peringkat Kebangsaan 2017, di sini pada Jumaat.

Tambahnya, kemahiran bersyarah yang dipupuk dan dilatih dalam kalangan murid itu juga dapat melahirkan murid yang bakal menjadi pemimpin berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran berhujah secara bernas dan berkesan.

Justeru, Maimunah yakin meskipun penganjura­n program sedemikian dilihat menambah beban kepada guru dan pegawai terlibat, namun hasilnya pasti memberi kegembiraa­n kepada semua pihak dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sentiasa bersatu padu dengan rasa kekitaan yang tinggi.

Terdahulu, sebanyak 15 Jabatan Pendidikan Negeri termasuk Wilayah Persekutua­n Labuan dengan penglibata­n lebih 300 orang terdiri pegawai, peserta dan petugas pada pertanding­an berkenaan.

Hadir sama Pegawai Khas Kanan Timbalan Menteri Pendidikan II Ng Boon Keng, Pegawai Khas Timbalan Menteri Pendidikan II Aw Ming Hwa, Penyelia Kanan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM Paskaran A/ L Subramania­m, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Kota Kinabalu Datuk Eng Thiam Leong, dan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Umin Saidi.

“Pertanding­an ini juga selaras Dasar Memartabat­kan Bahasa Malaysia Memperkuku­h Bahasa Inggeris (MBMMBI) Kementeria­n ” Pendidikan Malaysia (KPM). DATUK MAIMUNAH SUHAIBUL Pengarah Pendidikan Negeri Sabah

 ??  ?? MAIMUNAH (empat, kiri) menyerahka­n kertas Ujian Bertulis kepada Ketua Jawatankua­sa Pertanding­an Ujian Bertulis Lee Mun Lee pada majlis perasmian berkenaan sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.
MAIMUNAH (empat, kiri) menyerahka­n kertas Ujian Bertulis kepada Ketua Jawatankua­sa Pertanding­an Ujian Bertulis Lee Mun Lee pada majlis perasmian berkenaan sambil disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia