Utusan Borneo (Sabah)

Beri perhatian sekolah luar bandar

Harapan Raime terhadap Bajet 2018

- Oleh DELLROY ELLRON memotong reben gimik perasmian pesta sukan itu.

KENINGAU: Keperluan pembanguna­n sekolahsek­olah di luar bandar kuhsusnya di daerah kecil Sook perlu terus diberi perhatian kerajaan dalam Bajet 2018 yang akan dibentangk­an Perdana Menteri Datuk Seri M oh a mad Najib Tun Abdul Razak pada 27 Oktober ini.

Menurut wakil rakyat Sook Datuk Ellron Alfred Angin, ini kerana masih banyak sekolah-sekolah di luar bandar kekurangan kelengkapa­n berkaitan seperti makmal, rumah guru dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Pesta Sukan Sekolah Dan Komuniti Sekolah Kebangsaaa­n (SK) Kahaba 2017, di sini pada Khamis. Katanya, keperluan ini amat penting bagi memastikan para pelajar luar bandar dapat menikmati sistem pembelajar­an yang berkualiti dalam melahirkan modal insan berkemahir­an tinggi.

Terdahulu berucap pada majlis itu Ellron berkata, penglibata­n para pelajar dalam aktiviti sukan bukan sahaja penting malah wadah dalam mendisplin­kan para pelajar untuk tidak terjebak dalam sebarang gejala sosial selain platform mengetenga­hkan bakat untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi

Pada pesta sukan ini pelbagai acara diadakan antarannya pertanding­an perbarisan dan lintas hormat oleh semua kontinjen sekolah, acara balapan dan padang serta penyampaia­n bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan pakaian seragam unit beruniform kepada murid Tahun 1.

Sementara itu, Guru Besar Francis Andin berharap kerjasama ibubapa dengan pengurusan sekolah melalui badan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terus utuh bagi memudahkan setiap pelaksanaa­n dasar-dasar pendidikan berkaitan dapat dilaksanak­an bagi memastikan anak-anak tidak ketinggala­n dalam memperbaik­i ataupun meningkatk­an pencapaian akademik mereka.

Masih banyak sekolah-sekolah di luar bandar kekurangan kelengkapa­n berkaitan seperti makmal, rumah guru dan sebagainya.

DATUK ELLRON ALFRED ANGIN Wakil rakyat Sook

 ??  ?? ELLRON, Francis dan ibubapa mengabadik­an gambar kenangan bersama kontijen yang bertanding.
ELLRON, Francis dan ibubapa mengabadik­an gambar kenangan bersama kontijen yang bertanding.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia