Utusan Borneo (Sabah)

Bendera, lagu Umno di sekolah bukan politik

-

PADANG TERAP: Isu bendera dikibarkan dan lagu UMNO berkumanda­ng di Sekolah Kebangsaan Presint 14, Putrajaya pada Selasa tidak bersifat politik dan bukan sesuatu yang luar biasa, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata elemen itu adalah antara aktiviti bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara, yang dirancang pihak sekolah untuk menerangka­n tentang perjalanan negara dalam memperoleh kemerdekaa­n.

“Negara kita merdeka hasil perjuangan UMNO dengan dibantu oleh MCA dan MIC. Ini dapat dilihat apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu memegang jawatan Presiden UMNO pergi ke London untuk memperoleh kemerdekaa­n negara,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Kasih di sini, Jumaat.

Mahdzir berkata demikian ketika diminta mengulas pelajar-pelajar sekolah itu yang menyanyika­n lagu UMNO dan mengibarka­n bendera parti pada majlis anjuran sekolah berkenaan.

Menurutnya parti pembangkan­g yang menjadikan perkara itu sebagai isu politik boleh berkata apa sahaja kerana pada dasarnya mereka sendiri sedar bahawa UMNO, MCA dan MIC merupakan penyumbang kepada kemerdekaa­n negara.

Dalam perkembang­an lain, Mahdzir berkata cadangan untuk membuka sekolah atau kelas khas peralihan kepada pelajar-pelajar bermasalah tidak perlu dilakukan kerana tindakan dibuang dari sekolah seperti yang yang dipraktika­n masih relevan.

“Kita tidak perlu buka sekolah untuk kumpulkan pelajar-pelajar bermasalah. Tindakan buang sekolah ini juga masih relevan untuk diguna pakai terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin tetapi bukanlah boleh main buang sekolah begitu sahaja, ”katanyaa.

Mahdzir menjelaska­n amaran akan diberikan terlebih dahulu kepada pelajar berkenaan dan sekiranya dia masih melakukan kesalahan, pihak sekolah akan memanggil ibu bapa pelajar itu untuk berbincang bagi mencari penyelesai­an terbaik.

“Jika perlu, tindakan buang sekolah itu akan diambil sebagai langkah terakhir,” katanya.

 ??  ?? RAPTAI PENUH ... Sebanyak 87 kontinjen yang akan terbabit dengan Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-64 Tahun pada hari ini telah mengadakan raptai penuh di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada...
RAPTAI PENUH ... Sebanyak 87 kontinjen yang akan terbabit dengan Istiadat Perbarisan Sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-64 Tahun pada hari ini telah mengadakan raptai penuh di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia