Utusan Borneo (Sabah)

Penalti kontrovers­i hidupkan harapan Syria

Untuk ke Piala Dunia 2018 selepas seri 1-1 berdepan Australia di ‘gelanggang sendiri’

-

MELAKA: Tendangan penalti Omar al-Soma yang kontrovers­i menghidupk­an impian Syria untuk layak ke Piala Dunia kelmarin apabila mereka bangkit daripada ketinggala­n untuk seri 1-1 dengan Australia dan menempah perlawanan playoff pusingan kedua yang meresahkan di Sydney.

Australia berang dengan tendangan penalti Soma yang amat penting pada minit ke-85, selepas penyerang tinggi lampai itu disiku ketika melakukan lompatan oleh Mathew Leckie dan pengadil dari Iran, Alireza Faghani, menunjuk ke petak penalti.

Penyerang Syria itu, yang kembali hanya baru-baru ini sahaja ke pasukan yang diganggu oleh peperangan selepas sekian lama dipercayai atas sebab politik, dengan yakin melakukan tendangan penalti melepasi Mathew Ryan untuk meletakkan perlawanan mereka di hujung tanduk.

Syria, yang bermain dalam perlawanan ‘tempat sendiri’ di Malaysia atas sebab keselamata­n, memburu penampilan sulung yang ajaib di Piala Dunia, manakala juara Asia, Australia, dipaksa menggeliat tatkala mereka cuba layak untuk kejohanan akhir keempat berturuttu­rut.

Pemenang selepas pusingan kedua Selasa ini di Sydney akan menentang pasukan di tempat keempat dalam persekutua­n CONCACAF untuk menempah tempat di Piala Dunia pada tahun depan di Russia.

Jurulatih Australia Ange Postecoglo­u berkata dia bingung dengan keputusan penalti lewat berkenaan, yang mengikat gol pembukaan Robbie Kruse pada separuh masa pertama dan diberikan selepas Tomi Juric melakukan cubaan yang terkena tiang dua kali berturut-turut.

“Ia sedikit mengecewak­an untuk dibolosi gol seperti apa yang berlaku kepada kami disebabkan oleh satu keputusan,” katanya. “Apabila seseorang itu bangun dan memenangi tandukan, saya sedikit bingung, tetapi itulah dia.”

Kruse pula tidak begitu diplomatik apabila dia dipetik oleh Fox Sports sebagai berkata: “Ia bukan penalti, tetapi kita menjangkak­annya dalam konfederas­i (Asia) ini.”

Kedua-dua pasukan membuat permulaan yang berhati-hati di hadapan penonton yang sedikit tetapi didominasi warga Syria dalam keadaan cuaca panas di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Rembatan kencang Mark Milligan dengan bahagian luar kasut but kirinya menguji Mahmoud al-Youssef pada minit ke-19 manakala Soma menyajikan ancaman utama Syria di gawang lawan.

Leckie melakukan cubaan - Gambar REUTERS yang tinggi pada minit ke29 sebelum Soma dua kali mengumpan bola kepada Omar Khribin untuk peluang yang tersasar dari gawang Australia bagi penyerang kelab Al Hilal itu.

Lima minit sebelum waktu rehat, Leckie mencipta gol pembukaan apabila dia menerima bola di sebelah kanan dari Milos Degenek, memotong ke dalam dan meledakkan rembatan yang masuk dari tolakan Kruse.

Selepas waktu rehat, Juric tidak bernasib baik apabila dia melihat rembatanny­a melantun balik dari tiang gol – dan malah lebih malang lagi apabila dia merembat semula bola yang melantun itu ke tiang yang sama.

Namun Syria kelihatan berbahaya dan Khribin melihat rembatanny­a disekat oleh Leckie, sebelum Soma menanduk tinggi peluang yang baik dan kemudian dinafikan gol yang hampir pasti oleh terkaman saat akhir Degenek.

Ketika perlawanan menuju ke masa suku terakhir, Ouday Jaffal menyaksika­n tendangan percuma dari jarak dekat dikeluarka­n di atas garisan gol dan tendangan percuma Khribin tersasar sipi selepas ia terkena pemain lain.

Syria sepatutnya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 tetapi tandukan Soma dari jarak dekat terkena tiang selepas ia dihalang oleh Ryan.

Saat kritikal tiba enam minit sebelum tamat, apabila Leckie menyentuh Soma ketika kedua-dua mereka melompat untuk menanduk bola tinggi dan Faghani meniup wisel untuk tendangan penalti.

Dalam permainan minitminit akhir, Trent Sainsbury melakukan tandukan dari jarak dekat yang berjaya diselamatk­an dan Ryan menepis keluar rembatan Moayad al-Ajan, tetapi mereka berkongsi mata untuk perlawanan penentuan yang tegang Selasa ini di Sydney.

“Pada babak pertama kami tidak sebagus seperti sepatutnya, tetapi dalam separuh masa kedua, kami mengawal perlawanan sehingga minit akhir,” kata Soma.

“Perlawanan di Australia pasti sukar, di hadapan penyokong mereka dan di venue mereka sendiri, tetapi mustahil tidak ada dalam bola sepak,” ujarnya.

“Ia bukan penalti, tetapi kita menjangkak­annya dalam konfederas­i ” (Asia) ini. ROBBIE KRUSE Pemain Australia

 ??  ?? PEREBUTAN bola di udara antara pemain Australia Mathew Leckie (kanan) dan pemain Syria Khaled Al Mbayed.
PEREBUTAN bola di udara antara pemain Australia Mathew Leckie (kanan) dan pemain Syria Khaled Al Mbayed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia