Utusan Borneo (Sabah)

Jerman, England layak ke Russia

Kane jaringkan gol pada lewat permainan untuk hampakan Slovenia

- Ireland Utara Conor McLaughlin (kiri) cuba mempertaha­nkan penguasaan bola daripada dirampas oleh pemain Jerman Julian Dexler.

PARIS: Juara bertahan Jerman mengesahka­n tempat di Piala Dunia pada tahun depan di Russia dengan kemenangan 31 di Ireland Utara pada Jumaat, manakala England menewaskan Slovenia 1-0 untuk menjamin tempat mereka.

Sebastian Rudy dan Sandro Wagner menjaringk­an golgol cantik pada babak pertama di Belfast sebelum Joshua Kimmich menambah gol ketiga yang lewat apabila pasukan Joachim Loew menjadikan­nya sembilan kemenangan daripada sembilan perlawanan dalam Kumpulan C kelayakan Eropah.

Juara dunia empat kali itu turut memelihara rekod tanpa kalah mereka yang membanggak­an di tempat lawan dalam kelayakan Piala Dunia – satu pencapaian yang menjangkau 47 perlawanan yang menakjubka­n bermula pada 1934.

“Kami akan pergi ke Russia, untuk merobeknya! Kami mahu mempertaha­nkan kejuaraan Piala Dunia dengan jayanya,” kata pemain tengah Bayern Munich Rudy selepas menjaringk­an gol antarabang­sa pertamanya. Ireland Utara, yang menjaringk­an gol saguhati menerusi Josh Magennis, kekal di landasan untuk menuntut tempat dalam play-off pada bulan depan dalam usaha mereka untuk layak ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1986.

Harry Kane meneruskan prestasi cemerlangn­ya dengan gol kemenangan pada minit ke-94 apabila England yang bermain hambar mengatasi Slovenia di Wembley.

Pasukan Gareth Southgate kelihatan seperti hilang idea sama sekali sebelum kapten Kane menyumbat bola hantaran lintang

Kyle Walker untuk golnya yang ke-14 dalam sembilan perlawanan bagi kelab dan negara.

Ia adalah kali kelima berturut-turut England layak ke Piala Dunia, tetapi selepas bersusah-payah untuk menewaskan Slovenia, mereka tidak mungkin akan menyebabka­n kuasa besar dalam sukan ini merasa begitu resah.

“Ia bukan satu kelegaan, saya memang menjangkak­an bahawa kita akan mencapai objektif (untuk layak),” kata Southgate. “Malam ini mengetenga­hkan kedudukan kami. “Kami tahu sama sekali di mana kami perlu menambah baik. Kami memang ada pemain yang dapat menjaringk­an gol. Ia adalah satu usaha berterusan dan ketika saya diberi tugasan ini, matlamat kami adalah untuk layak ke Piala Dunia.” Scotland menghidupk­an harapan mereka untuk mara ke kejohanan akhir buat pertama kali sejak 1998 setelah kemenan gan 1-0 ke atas Slovakia pada minit akhir perlawanan di tempat sendiri. Jaringan sendiri Martin Skrtel, hanya seminit sahaja sebelum tamat masa biasa di Glasgow, meletakkan Scotland di tempat kedua - Gambar REUTERS dalam Kumpulan F, dua mata di hadapan Slovakia dan tiga mata di hadapan Slovenia menjelang kunjungan ke Ljubljana esok (Ahad).

Robert Lewandowsk­i menjaringk­an hatrik untuk menjadi penjaring gol terbanyak bagi negaranya apabila Poland membelasah Armenia 6-1 di Yerevan.

Poland, yang menduduki tempat ketiga di Piala Dunia 1974 dan 1982, memerlukan satu mata dari perlawanan terakhir mereka di tempat sendiri menentang seteru dalam Kumpulan E, Montenegro, untuk menjamin tempat mereka dalam kejohanan akhir.

Selepas gol pembukaan Kamil Grosicki pada minit kedua, Lewandow ski melakukan tendangan percuma yangcantik untuk menyamai rekod Wlodzimier­z Lubanski, yang mewakili Poland dari 1963 hingga 1980, dengan 48 gol antarabang­sa.

Bintang Bayern Munich itu memecah rekod tersebut apabila dia merembat masuk tendangan percuma tidak terus dan melengkapk­an hatrik pada babak kedua manakala Jakub Blaszczyko­wski dan Rafal Wolski turut menjaringk­an gol untuk pasukan pelawat.

Lewandowsk­i turut memecah rekod Eropah yang dicipta Ogos lalu oleh Cristiano Ronaldo apabila dia meningkatk­an jumlah jaringanny­a dalam kelayakan Piala Dunia 2018 kepada 15 gol, satu gol lebih banyak berbanding kapten Portugal itu.

Ronaldo terikat dengan bekas penyerang Yugoslavia, Predrag Mijatovic, yang menjaringk­an 14 gol sewaktu kelayakan bagi Piala Dunia 1998, tetapi dapat mencipta rekod baharu apabila Portugal bertandang ke Andorra.

Gol Christian Eriksen pada minit ke-16 membantu Denmark mencapai kemenangan 1-0 di Montenegro bagi mencerahka­n lagi harapan mereka untuk mengatasi defisit tiga mata di belakang Poland apabila mereka melayan kunjungan Romania dalam perlawanan kelayakan terakhir mereka.

 ?? - Gambar AFP ?? REAKSI gembira Harry Kane selepas menjaringk­an gol kemenangan untuk England menewaskan Slovenia 1-0 di Wembley. PEMAIN
- Gambar AFP REAKSI gembira Harry Kane selepas menjaringk­an gol kemenangan untuk England menewaskan Slovenia 1-0 di Wembley. PEMAIN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia