Utusan Borneo (Sabah)

UMS perluas kerjasama pelanconga­n berasaskan komuniti

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Kerjasama dengan syarikat pelanconga­n tempatan bantu Universiti Malaysia Sabah (UMS) perkukuh industri pelanconga­n berasaskan komuniti.

Jalinan usahasama antara UMS menerusi Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) dengan syarikat Tambisan Travel and Tour mampu membawa pelbagai manfaat kepada kedua-dua pihak.

Dekan FPEP UMS Prof. Madya Dr. Raman Nordin berkata, usaha itu juga dilihat dapat membangunk­an aspek penyelidik­an, perundinga­n dan perpindaha­n ilmu antara UMS dan komuniti.

Menurutnya, kerjasama berkenaan melibatkan ahli penyelidik UMS, pelajar serta komuniti Kampung Tambisan Lahad Datu melalui Tambisan Travel and Tour.

“Pelanconga­n berasaskan komuniti adalah pelanconga­n mapan yang sangat memberikan impak serta manfaat kepada penduduk setempat.

“Program ini juga dikenali sebagai ‘Community Based Tourism’ (CBT) yang mampu mengubah sosio-ekonomi komuniti di kawasan ia dijalankan.

“Saya percaya dengan kepakaran yang ada di UMS serta kerjasama penduduk Kg Tambisan, ia dapat menjayakan projek seperti ini seterusnya dijadikan contoh kepada projek CBT di tempattemp­at lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani Surat Niat (Letter of Intention) kerjasama antara UMS dan Tambisan Travel and Tour di sini pada Khamis.

Turut hadir, Setiausaha Politik Jabatan Ketua Menteri Datuk Armani Mahiruddin sebagai tetamu kehormat yang menyaksika­n majlis berkenaan.

Raman berkata, jalinan berkenaan juga sebagai titik permulaan kerjasama strategik antara FPEP dengan pemain industri bagi memperkena­lkan Tambisan sebagai sebuah pusat pelanconga­n di timur Sabah selain Sandakan, Semporna dan Tawau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tambisan Travel and Tour Sdn. Bhd. Antin Ismail berkata, sebagai anak kelahiran Kampung Tambisan, beliau melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat setempat boleh dijadikan sebagai produk pelanconga­n.

“Dengan adanya penglibata­n dan penerimaan positif daripada komuniti terhadap kepentinga­n pelanconga­n, saya mengambil langkah untuk membantu membangunk­an pelanconga­n di Kg Tambisan dengan melibatkan komuniti setempat.

“Justeru, dalam merealisas­ikan matlamat ini, kami mengambil langkah menghubung­i UMS.

“Ia bagi membantu meningkatk­an kesedaran penduduk mengenai pentingnya pelanconga­n dalam memelihara dan memulihara keindahan alam sekitar,” jelasnya.

 ??  ?? RAMAN (dua kiri) saling bertukar dokumen Surat Niat dengan Antin sambil disaksikan oleh Armani (tengah) dan tetamu jemputan lain.
RAMAN (dua kiri) saling bertukar dokumen Surat Niat dengan Antin sambil disaksikan oleh Armani (tengah) dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia