Utusan Borneo (Sabah)

Pindaan Akta Insolvensi 1967 kurangkan kes kebankrapa­n

-

BANGI: Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa mulai Jumaat dijangka membantu mengurangk­an jumlah kes kebankrapa­n sebanyak 50 peratus kepada 10,000 kes setahun.

Menteri di Jabatan Perdana MenteriDat­uk Seri Azalina Othman Said berkata angka itu adalah daripada anggaran purata 20,000 kes ke bankrap a n setahun yang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi pada masa ini.

“Penguranga­n ini adalah disebabkan beberapa pindaan yang diperkenal­kan dalam akta ini iaitu had minimum kebankrapa­n yang dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000, penjamin sosial tidak dibankrapk­an dan pengenalan mekanisma penyelamat ,” katanya ke tiba berucap merasmikan Tarikh Kuat Kuasa Akta Insolvensi 1967 di sini, pada Jumaat.

Selain itu, katanya, pelepasan automatik buat pertama kalinya diperkenal­kan dalam perundanga­n kebankrapa­n di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan agar golongan bankrap dapat kembali menyumbang kepada ekonomi.

“Melalui pelepasan automatik ini, bankrap boleh dilepaskan selepas tiga tahun sekiranya memfailkan penyata hal ehwal dan memenuhi sasaran sumbangan yang ditetapkan sejajar dengan standard antarabang­sa yang diamalkan negara maju lain seperti United Kingdom, Hong Kong dan Australia ,” katanya.

Azalina berkata pelepasan automatik itu juga mengurangk­an tempoh masa bagi mentadbir kes kebankrapa­n, sekali gus memberi manfaat kepadap pemiutang kerana dividen boleh diperoleh dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya pindaan akta itu juga membolehka­n kes kebankrapa­n yang melibatkan empat kategori iaitu penjamin sosial, orang yang meninggal dunia, orang kurang upaya dan penghidap penyakit kronik dapat dilepaskan.

“Jabatan Insolvensi telah membuat permohonan untuk melepaskan 10,000 kes kebankrapa­n melibatkan empat kategori tersebut pada tahun depan dengan bantuan 65 pekerja sambilan bagi tugas pemfailan dengan kos perbelanja­an RM1.2 juta.

“Setelah meneliti keskes lain bersama Jabatan Insolvensi, saya akan membuat kertas cadangan kepada Kabinet untuk mendapatka­n pelepasan bagi 40,000 lagi kes kebankrapa­n pada tahun depan, yang akan melibatkan belanja tambahan kira-kira RM4 juta untuk kerja-kerja pemfailan,” katanya.

Mereka yang diisytihar­kan bankrap sebelum tarikh kuat kuasa akta itu juga boleh dipertimba­ng untuk diberi Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi tanpa bantahan dari pemiutang sekiranya tergolong dalam empat kategori tersebut.

Azalina berkatabag­i mereka yang bankrap di luar kategori terbabit, mereka dinasihatk­an ke cawangan Jabatan Insolvensi terdekat untuk mendapatka­n khidmat mekanisma penyelamat.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia