Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan amat menitikber­at kesejahter­aan rakyat

- Oleh DELLROY

TENOM: Langkah kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur di Amerika Syarikat (AS) bukanlah keputusan politik tetapi dibuat oleh jawatankua­sa pelaburan.

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi berkata, pihak kerajaan amat menitikber­atkan kesejahter­aan rakyat, justeru keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan menerusi KWSP untuk melabur sebanyak 3-4 bilion dalam membangunk­an semula infrastruk­tur di Amerika Syarikat sepertiman­a yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan untuk mendapatka­n pulangan pada masa hadapan.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalka­n ekonomi terbuka. Ini bermaksud Malaysia menerima dana pelaburan asing dan pada masa yang sama juga melabur di negara-negara luar.

Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai sebarang maklumat yang cuba disebarkan oleh pihak pembangkan­g yang adakalanya berbaur politik dan dilakukan tanpa fakta yang betul hingga mengeliruk­an rakyat terutamany­a di media-media sosial hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Program Hari Terbuka e-Bayaran

(tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Raime (kanan).

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Keningau Tahun 2017, di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom, di sini pada Khamis.

Raime yang juga Pengerusi Lembaga Pelesenan dan Perdaganga­n (LPKP) Negeri Sabah berkata, KWSP adalah dianggap sebagai tabung persaraan pekerja yang telah diwujudkan oleh pihak kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat setelah bersara daripada sebarang pekerjaan.

“Inilah antara kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk menjaga simpanan pencarum sebelum mengambiln­ya untuk kegunaan selepas bersara kelak.

“Berkaitan dengan program hari terbuka e-Bayaran KWSP, saya mengharapk­an agar semua pihak terutamany­a pihak majikan atau wakil syarikat dapat lebih banyak pengetahua­n dan memahami sistem yang dilaksanak­an ini untuk memudahkan kerja semua pihak tanpa menyusahka­n majikan itu sendiri,” katanya.

Mengenai program itu katanya, KWSP mensasarka­n 50 peratus daripada kira-kira lebih 29,000 majikan di Sabah untuk menggunaka­n sistem e-Bayaran menjelang akhir tahun ini.

Katanya, sistem e-bayaran ini boleh didapati dengan memuaturun­kan di telefon pintar yang memudahkan dan menjimatka­n masa para majikan membayar caruman perkerja berbanding pada ketika ini.

Turut hadir, wakil Jabatan Caruman KWSP Kuala Lumpur Shamsul Kamar dan Ketua Cawangan KWSP Keningau Aidarina Jakaria.

 ??  ?? AIDARINA
AIDARINA
 ??  ?? RAIME, Shamsul dan Aidarina merakamkan kenangan bersama majikan dan wakil majikan daerah Tenom yang menyertai program itu.
RAIME, Shamsul dan Aidarina merakamkan kenangan bersama majikan dan wakil majikan daerah Tenom yang menyertai program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia